web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ikatan Baiah PAS Lebih Berkesan Dari Undang-Undang Lompat Parti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 11:58AM

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Tan Sri Abdul Hadi Awang hadir pada Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Kompleks PAS Kedah hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti itu sepatutnya diberi kepercayaan penuh oleh rakyat memandangkan ia mengamalkan ikatan baiah ‘lebih hebat’, berbanding undang-undang lain.

Beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, langkah PAS untuk mewajibkan pemimpin utama dan calon pilihan rayanya melafazkan sumpah serta baiah adalah lebih berkesan daripada undang-undang lompat parti.

“Perkara ini ditegaskan dalam Perlembagaan PAS bahawa hukum Allah dan Rasulnya adalah sumber tertinggi yang mewajibkan pemimpin utama dan calon pilihan raya melafazkan sumpah serta baiah, sehingga mengatasi segala undang-undang bagi memelihara integriti.

“Langkah ini lebih berkesan daripada undang-undang lompat parti yang baru diperkenalkan dan sepatutnya, PAS diberi lebih kepercayaan kerana adanya ikatan baiah yang lebih hebat daripada undang-undang kini yang luput tarikh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang tidak memelihara integriti, pasti akan ‘melompat’ sendiri kerana mereka ‘kepanasan’, walaupun berada dalam bilik berhawa dingin atau dipecat dengan tindakan disiplin.

“Parti tidak rosak sebaliknya terus maju, subur berkembang serta sentiasa menambah ahli, kawasan, cawangan dan penyokong,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika ini partinya bersedia mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang menunjukkan keikhlasan mencari jalan penyelesaian supaya kembali kepada Islam.

Bagaimanapun, katanya, kerjasama dalam perpaduan itu ada sempadannya dan hanya melibatkan perkara kebaikan serta takwa, seperti perpaduan umat berlandaskan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua.

“Jika seseorang itu berdosa dan insaf, maka dibuka pintu taubat dan pengampunan. Namun, PAS tegas tidak mengadakan sebarang kerjasama dalam perkara dosa seperti meneruskan permusuhan dan menyembunyikan dosa tanpa insaf atau taubat.

“Malah PAS juga tidak memejamkan mata terhadap kemungkaran seperti rasuah, politik wang, politik mahu jawatan, salah laku dan salah urus atau meraikan kemungkaran kerana semata-mata untuk menjaga hati serta kepentingan, sehingga meninggalkan prinsip. Ini adalah konsep kerjasama salah dan berdosa,” tegasnya.  

Menurutnya, mandat berkaitan kerjasama itu akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk membuat penelitian serta keputusan dalam urusan berkaitan hukum, dasar dan strategi bagi berdepan pilihan raya.

“Ini termasuklah segala kemungkinan selepas pilihan raya demi memastikan Islam terus memimpin, termasuk urusan penentuan kerusi dan calon dalam menghadapi PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menyifatkan tiga negeri dikuasai PAS ketika ini, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai ‘negeri pengkalan’ yang wajib dipertahankan.

“Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai PAS adalah negeri pengkalan yang wajib dipertahankan serta dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri,” katanya

Di sepanjang ucapannya itu, beliau tidak langsung menyentuh sebarang isu berkaitan Muafakat Nasional (MN). - Getaran, 3 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global