web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muktamar PAS: UMNO Kedah Tak Terima Apa-Apa Jemputan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 9:02AM

Seorang penjual pakaian menyusun mafla di Muktamar Tahunan Parti Islam Semelaysia Ke-68 di Kompleks PAS Kedah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - UMNO Kedah mendakwa tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Kompleks PAS Kedah yang berlangsung semalam dan hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya PAS menjemput kepimpinan UMNO, termasuk di peringkat negeri untuk hadir ke muktamar tahunan itu adalah tidak benar.

Malah katanya, kenyataan dibuat Takiyuddin itu adalah sesuatu yang mengelirukan orang ramai.

“UMNO Kedah menegaskan tiada sebarang undangan mahu pun jemputan diterima daripada Setiausaha Agung PAS atau mana-mana wakil PAS, seperti mana didakwa Takiyuddin.

“Adalah penting bagi UMNO untuk menjelaskan situasi itu supaya tiada persepsi buruk wujud kelak,” katanya.

Jamil Khir berkata, UMNO Kedah kecewa dengan kenyataan tidak betul Setiausaha Agung PAS itu.

“Semoga penjelasan ini dapat mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul,” katanya.

Dalam sidang akhbar semalam, Takiyuddin mendakwa PAS sudah menjemput beberapa pihak, termasuk Presiden UMNO, Ahli Majlis Tertinggi dan kepimpinan UMNO peringkat negeri bagi menghadiri muktamar kali ini.

Namun, beliau berkata, pihaknya tidak menerima jawapan daripada mereka, dengan Perhimpunan Agung kali ini hanya dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden GERAKAN, Dominic Lau serta wakil dari Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa agar Takiyuddin memohon maaf berhubung perkara itu.

“Umum mengetahui reputasi Takiyuddin yang sudah mengelirukan Parlimen serta Yang di-Pertuan Agong tidak lama dulu dan saya tidak hairan kecenderungan ini kembali diulangi, semata-mata bagi menutup kelemahan sendiri.

“Pendirian UMNO negeri adalah jelas, iaitu walaupun dilukai dan dikhianati, jika menerima jemputan secara rasmi sudah tentu akan dipertimbangkan. Jelas, kami tidak menerima sebarang jemputan secara bertulis mahu pun lisan,” katanya. – Getaran, 4 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'