web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Tetap Mahu UMNO, BERSATU, Biar Rakyat Menilai - Idris

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 9:50AM

Idris Ahmad - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tanpa mempedulikan cercaan atau kata-kata bersifat perli pelbagai pihak, PAS tetap mahu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) daripada hanya memilih antara satu untuk didampingi ketika ini.  

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, parti itu setakat ini kekal dengan naratif tersebut sambil membiarkan rakyat membuat penilaian terhadap keputusan berkenaan.

Katanya, PAS telah menetapkan naratif yang dibawa iaitu ke arah penyatuan ummah bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Ketika ini kita tidak bercakap tentang masa depan saya, anda atau pimpinan parti sebaliknya bercakap mengenai masa depan anak cucu. Kalau kita asyik bercakap tentang perebutan kuasa dan jawatan, apa akan terjadi pada anak cucu kita pada masa akan datang? 

"Wartawan selalu bertanya sama ada PAS mahu bersama UMNO atau BERSATU dan jawapannya adalah kami pilik kedua-duanya kerana itulah naratif keputusan yang ada. Biar orang nak cerca atau perli macam-macam tetapi kita tetap nyatakan pentingnya perpaduan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ijtimak Jentera Pilihan Raya PAS di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi, yang disempurnakan perasmiannya oleh Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang selain dihadiri kalangan pimpinan PAS Pusat.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menambah, aspek perpaduan amat perlu diberi perhatian kerana perpecahan yang berlaku mungkin membawa kepada ulangan keputusan PRU-14. 

"Kalau berlaku perpecahan dalam kalangan kita, adakah dah terhantuk baru nak terngadah? Fikirkan tentang itu kerana kita tidak mahu apa yang berlaku dalam PRU-14, berulang. 

"Walau bagaimanapun di pihak PAS, kita telah melancarkan jentera hari ini dan saya percaya, masing-masing sudah pun melakukan tugas dalam setiap aspek di semua peringkat," ujarnya. - Getaran, 4 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global