web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GTA Hanya Umpan Tun M Jadi 'King Maker', Selamatkan Anaknya

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 2:24PM

Gabungan politik Melayu baharu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipimpin oleh Dr Mahathir(tengah). - Gambar ihsan Facebook Buletin Pejuang Wilayah Persekutuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) hanyalah muslihat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi ‘king maker’ selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Dr Mahathir ketika ini mencari ‘bargaining power’ (kuasa tawar-menawar) kerana memenangi dua atau tiga kerusi sudah cukup baginya untuk mencari ‘mangsa baharu’.

Menurut beliau, bagaimanapun GTA tiada parti dominan kerana ia hanya disertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).

"GTA berasaskan politik Melayu-Islam. Tanpa sokongan orang Cina, GTA tidak ke mana. DAP yang Dr Mahathir sucikan sebagai parti bukan cauvinis tidak lagi mempercayainya.

"DAP serik dengan apa yang Dr Mahathir buat kepada mereka. PH tumbang selepas 22 bulan kerana politik toksik beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Dr Mohd Puad Zakarshi - Gambar fail
Dr Mohd Puad Zakarshi - Gambar fail

Dalam pada itu, Mohd Puad berpendapat bahawa Dr Mahathir hanya mahu menyelamatkan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang diharap dapat meneruskan legasinya.

Jelasnya lagi, hanya Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dapat membantu Mahathir kerana kedua-duanya terdesak. 

"Dr Mahathir mahu selamatkan politik anaknya Mukhriz. Boboy diharap meneruskan legasinya. Hanya Muhyiddin yang boleh membantunya.

“Mereka berdua sama sama ‘desperado’. Sudahlah Dr Mahathir-Muhyiddin. Game over. Niat kamu berdua untuk bunuh UMNO gagal," katanya. 

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA, iaitu sebuah gabungan bertujuan memperkasa kaum Melayu, terutama dalam bidang ekonomi.

Beliau berkata, sebagai permulaan gabungan itu dianggotai oleh parti PEJUANG, IMAN, BERJASA dan PUTRA, BERJASA dan dan PUTRA.

Gabungan itu turut terbuka kepada badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan, ahli akademik serta profesional dalam kalangan Melayu.

Pada Selasa lalu, GTA menghantar permohonan logo dan pendaftaran parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, dengan ini empat parti dalam gabungan GTA itu akan menggunakan satu logo yang dikenali pada PRU-15.

Beliau berharap RoS akan meluluskan penubuhan itu dengan segera seperti mana hak berpersatuan yang dijamin dalam Perlembagaan. - Getaran, 9 September 2022. 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad