web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: 'Sikit Sahaja Lagi Parlimen Akan Dibubar' - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 5:28PM

Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ingin memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat. 

Beliau berkata, justeru, pihaknya berharap agar pemimpin dan ahli akar umbi menyerahkan tanggungjawab kepada beliau serta Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menentukan tarikh sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Beliau juga memberi bayangan bahawa PRU-15 akan diadakan dalam waktu terdekat.

“Kalau saya dan Presiden setuju bubar Parlimen, insyallah kita akan menang besar. 

“Bila tarikhnya...saya akan tentukan dengan Presiden, namun percayalah sikit sahaja lagi (untuk dibubarkan Parlimen),” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional di sini, hari ini.

Ismail Sabri bersama pemimpin BN pada majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Ismail Sabri bersama pemimpin BN pada majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Lantaran itu, Ismail Sabri menegaskan, beliau akan mengadakan pertemuan Top 5 UMNO untuk mencari tarikh sesuai untuk BN membubarkan Parlimen. 

“Insyallah, dalam waktu terdekat akan berjumpa, berbincang. Yang penting apabila dibubarkan, PRU diadakan, BN mesti menang. 

“Kalau PRU-15 diadakan tak mampu kuasai kerusi bentuk kerajaan, kita (BN) akan kembali seperti sebelum PRU-14, katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, jentera BN harus memperkasa ‘peperangan’ menerusi media sosial dalam menumpaskan Pakatan Harapan (PH). 

Menurutnya, jika perkara itu dipandang sepi, BN mampu tumbang semula seperti PRU-14 ekoran pembangkang berjaya menguasai platform media baharu tersebut. 

“Setiap hari pembangkang guna media sosial, serang pemimpin dan gabungan BN. Jadi, tugas kita patahkan serangan ini jangan biarkan pembangkang berleluasa tanpa jawapan dari kita.

“Kelemahan kita sebelum PRU-14 tak mampu jawab isu besar dimainkan pembangkang. Sebab itu, mahu pemimpin terutamanya Pemuda menguasai peperangan di alam maya.

“Kali ini bukan sahaja peperangan berkaitan nombor, namun ia dipengaruhi pelbagai faktor bagi menjamin kemenangan kita dan perlu bertemu pengundi muda bagi mendapatkan sokongan,” katanya. - Getaran, 17 September 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini