web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: GERAKAN Mahu Bertanding Lebih 13 Kerusi DUN, 4 Parlimen

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2022 8:48PM

Dr Dominic Lau Hoe Chai - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) berhasrat bertanding di lebih 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lebih empat kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden Nasional GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya sudah mengenal pasti bakal calon dan kawasan mahu ditandingi parti itu. 

“Kita akan turun padang membuat ‘survey’ (tinjauan), sama ada mereka (calon) dipilih ini melaksanakan kerja seperti diharapkan atau tidak.

“Sekiranya mendapat laporan berbeza daripada masyarakat lain, berbanding laporan diberi, kita akan membuat pertimbangan semula untuk calon itu,” katanya hari ini. 

Mengulas lanjut, Dominic berkata, jawatankuasa pusat pada kali ini menerapkan tiga kriteria penting untuk ahli parti menjadi calon, iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan mampu (capable). 

“GERAKAN juga kini menjemput rakan perjuangan lama, seperti mantan Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Pengerusi Negeri bagi memberi pandangan dan nasihat untuk parti berjuang pada PRU15,” katanya. 

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, senarai calon mewakili negeri itu untuk partinya sudah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi. 

Justeru, beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada jawatankuasa pusat parti untuk membuat rundingan dengan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN). 

“Apa yang saya dapat jelaskan ialah semuanya dalam proses perundingan bersama PN. Daripada pihak kami, sudah bersiap sedia. 

“Antara isu terbesar sedang parti perjuangkan ketika ini adalah mengenai isu banjir berlarutan, kesesakan lalu lintas dan perumahan kos rendah.

“Kerajaan DAP sudah 14 tahun memerintah negeri ini, tapi masih tidak dapat selesaikan isu serius berkenaan yang memberi kesusahan kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 17 September 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad