web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Cubaan Cuba Jatuhkan Saya Sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2022 3:12PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengalaman dikenakan oleh musuh politik menjadikan beliau lebih matang, muhasabah diri dan belajar mengenali musuh luaran serta musuh dalam selimut - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan wujudnya cubaan daripada partinya sendiri untuk 'menguburkan' beliau daripada jawatan itu serta Pengerusi Barisan Nasional (BN). 

Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan kerana mereka tahu tanpa kekuatan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, UMNO lebih mudah diperkotak-katikkan.

Katanya, pelbagai persepsi negatif telah dilemparkan terhadap diri beliau bagi memperlekeh, memperkecil serta menolak UMNO secara keseluruhan. 

"Misalnya ada yang sengaja menggunakan label kluster mahkamah kepada saya namun tidak pula menggunakan label tersebut kepada pemimpin pembangkang. 

"Sikap double standard ini mencerminkan wajah sebenar musuh politik kita," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, pengalaman dikenakan oleh musuh politik menjadikan beliau lebih matang, muhasabah diri dan belajar mengenali musuh luaran serta musuh dalam selimut. 

"Saya boleh maafkan tapi saya tidak akan lupakan sebagai pengajaran asam garam politik," katanya. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid kekal berpendirian bahawa kes mahkamah terhadapnya adalah pendakwaan terpilih ketika zaman PH kerana beliau telah diminta oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melompat parti bagi menyertai BERSATU dan membubarkan UMNO.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu, Dr Mahathir memintanya memaklumkan kepada semua ahli UMNO supaya menyertai BERSATU dan melupakan parti asal mereka.

“Secara tegas saya menolak dan menyatakan kepada Dr. Mahathir bahawa kubur saya akan banjir keesokannya, jika saya bubar dan keluar daripada UMNO untuk menyertai Bersatu.

“Penolakan tersebut adalah kerana saya tidak akan sekali-kali mengkhianati UMNO semata-mata untuk kesenangan peribadi jawatan dan kedudukan, sedangkan UMNO adalah teras harapan serta perjuangan orang Melayu khususnya dan menjadi tulang belakang rakyat Malaysia,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, UMNO bukan parti yang sempurna namun ia terbaik kerana berteraskan Melayu Islam dan semangat Malaysia sebenar. 

Tegasnya, walaupun ada segelintir ahli masih tidak akur dengan keputusan serta pendirian parti, UMNO masih berhemah dan optimistik.

"Hakikatnya, saya tetap berjuang mempertahankan UMNO setelah diberikan kepercayaan oleh akar umbi seluruh pelusuk negara untuk menjalankan tugas sebagai Presiden. Jawatan Presiden perlu tegas, tidak goyang dengan ancaman politik dan berpendirian teguh kerana jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. 

“Maka, saya tidak gentar mempertahankan UMNO walaupun berdepan pelbagai ugutan dan ancaman politik. Saya tetap istiqamah meskipun ketika itu ramai pemimpin UMNO sendiri menjauhi parti kerana percaya dakyah Mahathir bahawa UMNO tidak ada masa depan," katanya. - Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'