web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lompat Parti: Guan Eng Seru Perwakilan Sokong Pindaan Perlembagaan DAP

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 1:43PM

Guan Eng berkata pindaan itu penting bagi mengelak wakil rakyatnya menyalahguna mandat diberikan pengundi di kawasan masing-masing. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyeru perwakilan Kongres Khas DAP 2022 hari ini untuk menyokong pindaan kepada perlembagaan parti bagi menghalang wakil rakyatnya daripada melompat parti.

Berucap ketika kongres di sini, hari ini, Guan Eng berkata, pindaan itu penting bagi mengelak wakil rakyatnya menyalahguna mandat diberikan pengundi di kawasan masing-masing dan parti.

Katanya, melihat kepada rekod prestasi Ahli Parlimen DAP, pindaan sebegitu tidak patut diadakan kerana ia adalah parti berdisiplin.

“Tiada seorang pun Ahli Parlimen kita yang melompat (parti) sejak tahun 2018. Kita memenangi 42 kerusi Parlimen dan berjaya mengekalkannya.

“Tetapi pindaan itu perlu untuk menghalang mereka yang berhasrat berbuat demikian melakukannya. Jika mereka berbuat demikian, maka sebagai akibatnya, pilihan raya kecil akan diadakan.

“Parti dan rakyat lebih penting daripada individu. Prospek kekayaan dan status tidak seharusnya menarik seseorang untuk melompat parti. Ini akan meningkatkan keyakinan rakyat untuk terus menyokong kita dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya disambut tepukan daripada perwakilan parti.

DAP sebelum ini mengumumkan hasrat untuk meminda Perlembagaannya supaya mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengingkari keputusan kepimpinan parti dalam perkara penting tertentu, dilucutkan keahlian.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dilaporkan berkata, pindaan perlembagaan itu membolehkan parti memecat mana-mana Ahli Parlimen dan ADUN yang tidak mengikut keputusan parti.

Menurutnya, cadangan pindaan itu adalah bagi melindungi parti daripada sebarang kelompongan dalam Akta Anti-Lompat Parti. - The Vibes, 25 September 2022

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air