web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saravanan, Berhentilah Salahkan Orang Lain, Kami Berjuang Untuk Kepentingan Semua - DAP

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 3:14PM

M Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan diingatkan supaya berhenti menuding jari kepada pihak lain dan menjadikan DAP sebagai mangsa untuk dipersalahkan.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum berjuang atas semangat demokrasi demi kepentingan rakyat, tanpa melihat perbezaan.

Menurut beliau, semua komponen Pakatan Harapan (PH) berjuang atas semangat yang sama.

Sheikh Umar Bagharib Ali
Sheikh Umar Bagharib Ali

“Dalam PH, kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Tiada 'abang besar' dan tidak tunduk pada sesiapa. Bagi kami, kepentingan rakyat adalah perkara yang paling utama.

“Saya ingin nasihatkan Saravanan supaya cukup-cukuplah salahkan orang lain, salahkan DAP. Diri sendiri jadi 'pak turut', jangan sibuk tuduh orang lain,” katanya, sinis.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Saravanan semalam, agar DAP tidak lagi diberi peluang selepas kegagalan PH memerintah negara selama 22 bulan.

Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia dipetik sebagai berkata, rakyat telah merasai sendiri segala penderitaan sepanjang tempoh berkenaan dan ia tidak perlu diulang lagi.

“Kita lihat DAP tidak sepatutnya diberi peluang lagi. Kita dah lihat khususnya (ke atas) orang Melayu apa berlaku dalam 22 bulan,” katanya ketika ditanya mengenai keyakinan MIC untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), khususnya ketika menentang DAP.

Tegas Sheikh Umar, kenyataan Timbalan MIC itu menjadi bukti bagaimana jentera BN secara kolektif telah menyerahkan pentadbiran kerajaan BN secara keseluruhan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerana itu kita tidak pelik apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana salah guna kuasa. Power tends to corrupt, absolute power corrupts absolutely!

“Bagi saya, kenyataan dibuat Saravanan sudah cukup untuk memberi gambaran betapa MIC telah menyerahkan pentadbiran secara veto kepada Perdana Menteri semasa dalam kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemusatan kuasa sebesar itu menyebabkan kerajaan BN tidak memiliki semak dan imbang serta gagal menjalankan urusan pentadbiran secara keseluruhan.

“MIC boleh diibaratkan sebagai boneka. Dalam keadaan sekarang, adakah MIC akan berjaya untuk membawa semua isu rakyat? Sebagai sebuah parti mewakili kaum India, adakah parti itu boleh berfungsi dengan efektif sedangkan mereka hanya menjadi 'pak turut' kepada seorang Perdana Menteri UMNO,” katanya. - Getaran, 26 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi