web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMNO Gantung Keahlian Tajuddin, Ketua Bahagian Alor Setar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 11:58AM

Keahlian Tajuddin Abdul Rahman digantung berkuat kuasa serta-merta dipercayai susulan kritikannya terhadap Zahid Hamidi. - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digantung sebagai ahli berkuat kuasa serta-merta dipercayai susulan kritikannya terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail turut digantung tugas atas sebab sama.

Bagaimanapun, tidak jelas berapa lama tempoh penggantungan mereka akan dikenakan.

Keputusan penggantungan itu dicapai semasa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) semalam, tetapi tidak disenaraikan secara rasmi dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi.

The Vibes cuba menghubungi Tajuddin dan Mohd Yusof untuk mendapatkan komen berhubung perkara itu.

Pada Khamis lalu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, memberitahu BFM News bahawa Malaysia bersedia melantik diplomat sebagai duta baharunya ke negara jiran itu.

Terdahulu Jun lalu, Tajuddin dilapor mengesahkan menerima jemputan ke Istana Negara untuk pelantikan rasminya sebagai duta Malaysia ke Indonesia, dengan majlis penyerahan watikah lantikan dijadual berlangsung pada jam 2 petang, 20 Jun.

Bagaimanapun, Pegawai Pengawal Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan pada 20 Jun berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima rawatan di hospital dan menangguhkan semua program baginda dalam masa terdekat.

Manakala pada 12 Julai, Tajuddin dilapor digugurkan daripada senarai utusan yang dijadualkan menerima watikah pelantikan masing-masing sebagai duta ke beberapa negara daripada baginda.

Tajuddin juga dipecat sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Jun kerana mengkritik parti itu dan tempatnya digantikan mantan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Selepas dipecat daripada MKT, Tajuddin mengadakan sidang akhbar, menyatakan beliau adalah ‘saksi hidup’ kepada akuan berkanun (SD) ditandatangani tahun lepas bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga mendedahkan bahawa beberapa pemimpin tertinggi dalam parti, termasuk Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menandatangani perjanjian itu.

Dalam sidang media sama, Tajuddin mendakwa wujud gerakan dalaman untuk menjatuhkan Ahmad Zahid sebagai ‘bos besar’ UMNO dan pergerakan itu diketuai pemimpin nombor dua parti terbabit, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tajuddin yang menjadi Ahli Parlimen Pasir Salak bagi tiga penggal dilapor berkata, beliau bersedia mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas, sekiranya dipecat daripada UMNO.

“Jika UMNO mahu bermain kasar, saya boleh melakukan perkara sama dengan bertanding sebagai calon bebas. Semasa tsunami (politik), sokongan kepada saya meningkat dengan majoriti besar. Saya tidak pernah kalah.

“Mustahil untuk mengatakan saya tidak cintakan UMNO lagi, saya sudah bersama parti ini selama 50 tahun. Ini adalah tempat saya dibesarkan, dari sekadar budak kampung hingga ke kedudukan saya sekarang,” katanya.

Sebelum ini, PAS Perak mempelawa Tajuddin mempertahankan Pasir Salak di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – The Vibes, 1 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

2

Semasa 1 bulan yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes