web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:28AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 27 Jun ini bagi keputusan permohonan kebenaran Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Pada tarikh sama, Hakim Datuk Amarjeet Singh akan memutuskan permohonan Badan Peguam untuk merujuk tiga persoalan undang- undang ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana itu.

Melalui permohonan difailkan pada 2 Disember lalu, Badan Peguam menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid sebagai responden.

la memohon perintah certiorari supaya keputusan Peguam Negara memohon DNAA terhadap Ahmad Zahid pada 4 September lalu dibatalkan.

Badan Peguam turut memohon perisytiharan bahawa keputusan Peguam Negara itu adalah batal dan tidak sah serta dibuat melebihi bidang kuasa dan kuasa yang diberikan kepada responden pertama itu.

Pada 4 September lalu, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadapnya untuk meneliti bukti baharu.

Terdahulu, peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Badan Peguam berkata, badan itu mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

"Ini bukan hal Badan Peguam menjadi 'busybody' atau semata-mata mencampuri urusan peribadi individu.

"la berkaitan dengan pertuduhan terhadap individu yang sebelum ini memegang jawatan awam (sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, sehingga 2018) dan terhadap siapa pertuduhan digugurkan semasa pelantikan semula ke jawatan awam (sebagai Timbalan Perdana Menteri, pada tahun 2022)," katanya.

Ambiga juga berhujah bahawa keputusan untuk memohon DNAA bagi responden kedua (Ahmad Zahid) adalah tidak sah dan bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, Mahkamah Tinggi pada 24 Januari 2022 berpendapat wujud prima facie terhadap kes Ahmad Zahid dan memerintahkannya membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, yang mewakili Peguam Negara, membantah bahawa Badan Peguam gagal membuktikan bahawa keputusan Peguam Negara sebenarnya tercemar dengan kecacatan undang-undang, malah mereka juga tidak menyokong hujah dengan bukti kukuh.

Menurut Shamsul, Peguam Negara bertindak dengan baik mengikut budi bicara pendakwaannya mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa beliau boleh memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan.

Peguam Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berhujah bahawa permohonan Badan Peguam itu sudah pun bersifat akademik berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Jenayah membenarkan perintah untuk DNAA.

"Pemohon (Badan Peguam) tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan ini. Pendek kata, pemohon hanyalah 'busybody' dan tidak terjejas dengan keputusan untuk memohon DNAA.

"Pemohon juga jelas gagal membuktikan, antara lain, locus standi dalam memfailkan permohonan. Oleh itu, permohonan kebenaran harus ditolak oleh mahkamah ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tohmahan Siti Bainun Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen Tidak Berasas - Mahkamah Tinggi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara