web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Boleh Digantung UMNO Jika Tidak Bubar Parlimen - Mohd Yusof

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 7:04AM

Mohd Yusof Ismail berkata, pemecatan dirinya merupakan isyarat bahawa tindakan akan diambil kepada pemimpin parti yang tidak sependapat dengan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Facebook Datuk Yusof Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan berada dalam kedudukan berbahaya dan berdepan risiko untuk digantung sebagai ahli UMNO secara serta merta sekiranya tidak membubarkan Parlimen pada tempoh terdekat. 

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, pemecatan dirinya merupakan isyarat bahawa tindakan akan diambil kepada pemimpin parti yang tidak sependapat dengan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Mohd Yusof yang jelas kecewa dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, hukuman diterimanya lebih berat berbanding apa yang diterima bekas Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam walaupun beliau lebih banyak memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya memang ada kritik Presiden, tetapi dibuat hanya dalam kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO saja. Lokman kritik Perdana Menteri lebih banyak, tetapi hukuman ke atasnya tidak seberat saya.

"Selama ini memang saya dianggap bukan orang Presiden, maka sebab itu saya kata ini isyarat kepada Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera. 

Jika Dewan Rakyat (Parlimen) tidak dibubarkan segera, maka dia juga akan digantung seperti saya, " katanya. 

Beliau bagaimanapun mengesahkan masih belum menerima makluman rasmi berkenaan penggantungan keahlian selama enam tahun seperti yang diputuskan MKT, kelmarin.

Mohd Yusof berkata, beliau percaya penggantungan itu adalah kesan daripada tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Zahid walaupun dilakukan secara tertutup.

"Sehingga kini tiada makluman rasmi yang dibuat Ibu Pejabat UMNO kepada saya dan saya belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

"Saya hanya dimaklumkan beberapa rakan MKT UMNO melalui panggilan telefon malam kelmarin," katanya.

Mengulas mengenai sama ada akan membuat rayuan, Mohd Yusof berkata, beliau terlebih dahulu akan melakukan pertemuan bersama Ismail Sabri sebelum membuat sebarang keputusan. 

"Saya belum fikir sama ada akan merayu atas keputusan ini. Tunggu saya bincang dengan dulu dengan Perdana Menteri dan kemudian akan fikir tindakan lanjut," katanya.

Selain Mohd Yusof, mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut digantung sebagai keahliannya, berkuat kuasa serta-merta dipercayai kerana kritikannya terhadap Ahmad Zahid. 

Keputusan penggantungan itu dicapai semasa mesyuarat MKT kelmarin, tetapi tidak disenaraikan secara rasmi dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. - Getaran, 2 Oktober 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra