web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menteri PN Hantar Surat Kepada Agong Bantah PRU-15 Tahun Ini: Sumber

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 12:48PM

Seorang Ahli Parlimen berjawatan tinggi dalam BERSATU mengesahkan semua 12 anggota Kabinet PN dari parti mereka dan PAS telah menandatangani surat itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membantah pembubaran segera Parlimen, yang akan memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini.

Seorang Ahli Parlimen berjawatan tinggi dalam BERSATU mengesahkan kesemua 12 anggota Kabinet PN dari parti mereka dan PAS telah menandatangani surat itu.

“Semua pemimpin PAS dan BERSATU telah mencapai kata sepakat di mana mereka tidak bersetuju pilihan raya diadakan tahun ini,” kata pemimpin itu yang enggan namanya didedahkan. 

Awal hari ini, seorang pegawai media PN mengeluarkan butiran surat bertarikh Isnin (3 Oktober) yang diterima pihak Istana semalam.

Dalam surat itu, menteri PN menyebut musim banjir pada akhir tahun dan usaha pemulihan ekonomi negara sebagai antara sebab untuk menangguhkan pilihan raya umum sehingga tahun depan.

“Ini bermakna Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan pembubaran Parlimen,” kata pegawai PN itu.

Buat masa ini, kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terdiri daripada 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Barisan Kabinet terdiri daripada 14 menteri daripada Barisan Nasional (BN), 12 PN, empat Gabungan Parti Sarawak (GPS), seorang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan seorang lagi daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM). – The Vibes, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Cipta Kejutan, Rakyat Teruja Bertemu Agong Di Restoran Nasi Lemak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Hari Guru Kepada Warga Pendidik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight