web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majlis Syura PAS Dijangka Bincang Desakan UMNO Bubar Parlimen, Persediaan PRU-15 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 10:21PM

Mesyuarat Majlis Syura PAS diadakan di Rumah Kelantan, Putrajaya malam ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keputusan UMNO yang mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen pada tahun ini, dijangka menjadi agenda utama Majlis Syura PAS pada mesyuarat di Rumah Kelantan di sini, malam ini.

Antara pemimpin parti yang hadir adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad.

Pertemuan terbabit dikatakan bagi membincangkan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS yang berlangsung lebih dua jam di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini hari ini, bermula kira-kira 11.30 pagi.

Antara perkembangan dinanti ramai, selain desakan pembubaran Parlimen pada musim banjir adalah keputusan sama ada PAS memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai ‘rakan kongsi’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Desas-desus pembubaran Parlimen semakin hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin, sehari sebelum pembentangan Bajet 2023.

Beliau dikatakan akan memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Sebelum itu, Ismail Sabri berkata ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong jika berkesempatan.

Bagaimanapun, Istana Negara memberi bayangan pertemuan antara Al-Sultan Abdullah dengan Ismail Sabri itu, tidak membincangkan agenda pembubaran Parlimen.

Ini berikutan hantaran di Facebook rasmi Istana Negara memaklumkan kedua-duanya bertemu untuk membincangkan mesyuarat Pra-Kabinet. - Getaran, 8 Oktober 2022
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra