web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ditanya Bincang Kerjasama PAS-UMNO, Majlis Syura Kunci Mulut

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 11:13PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ahli Majlis Syura PAS mengambil pendirian mengunci mulut apabila ditanya media mengenai perincian hasil mesyuarat parti itu, malam ini. 

Pemimpin parti itu yang dihampiri Getaran enggan mengulas, malah ada seolah-olah cuba mengelak daripada mendekati media yang menunggu di Rumah Kelantan di sini, sejak jam 8 malam. 

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menegaskan, keputusan mesyuarat terbabit akan dikeluarkan kemudian dan difahamkan menerusi kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin. 

“Tunggu kenyataan rasmi daripada Majlis Syura nanti…,” katanya ringkas sebelum berlalu.

Majlis Syura PAS melakukan pertemuan berkenaan yang dikatakan bagi membincangkan hasil keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa parti itu di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut di sini, hari ini yang berlangsung lebih dua jam bermula kira-kira 11.30 pagi.

Malah, kedua-dua peringkat kepimpinan tertinggi PAS dikatakan melakukan perbincangan yang dijangka termasuk mengenai keputusan UMNO mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan Parlimen pada tahun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Namun, apa yang dinanti pelbagai pihak adalah keputusan sama ada PAS memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU sebagai rakan kongsi pada PRU-15. 

Desas-desus pembubaran Parlimen semakin hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin, sehari sebelum pembentangan Bajet 2023.

Beliau dikatakan akan memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Sebelum itu, Ismail Sabri berkata ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong jika berkesempatan.

Bagaimanapun, Istana Negara memberi bayangan pertemuan antara Al-Sultan Abdullah dengan Ismail Sabri itu, tidak membincangkan agenda pembubaran Parlimen.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya akan kembali ke meja rundingan dengan PAS berhubung kerjasama dalam PRU-15 jika parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu, memenuhi tiga syarat ditetapkan. 

Ahmad Zahid berkata, tiga syarat berkenaan sudah dikemukakan kepada PAS ketika beliau bertemu dengan Abdul Hadi, baru-baru ini. - Getaran, 8 Oktober 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'