web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penafian Muhyiddin Berniat Jahat, Cubaan Untuk Aibkan PM - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 9:19AM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penafian Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap tindakan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menggambarkan niat jahat gabungan tersebut, yang mahu mengaibkan Perdana Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Muhyiddin selain membuat penafian itu turut menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mendedahkan perjanjian persefahaman yang dibuatnya bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, BERSATU sudah mengisi beberapa portfolio menteri kanan, menteri penuh dan sejumlah jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), justeru kesemua tuntutan Muhyiddin itu jelas menggambarkan betapa parti berkenaan amat tidak sensitif dengan senario semasa yang melatari negara.

“Tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri tersebut tidak sensitif dengan situasi pemulihan ekonomi negara dan dasar jimat cermat negara.

“BERSATU sebaliknya asyik memikirkan mengenai jawatan, pangkat dan kedudukan sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyatakan demikian sebagai mengulas penafian dibuat Muhyiddin di Sabah, malam tadi.

Pengerusi Perikatan Nasional tersebut mendakwa, perbuatan Perdana Menteri yang menyalahkan dirinya dan menteri PN atas pembubaran Parlimen amat tidak bertanggungjawab.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, Ismail Sabri menyalahkan PN kerana Barisan Nasional (BN) dan UMNO kini menerima kecaman ramai apabila berdegil untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada musim banjir.

Katanya, tindakan diambil kesemua 12 menteri terlibat adalah bagi mewakili denyut nadi dan suara rakyat.

Mengulangi respon Ismail Sabri, Zahid berkata, tindakan 12 menteri itu jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri lantikan baginda dan mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan.

“Ia menyebabkan baginda menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air, sedangkan perkara ini boleh dibincangkan dalam Kabinet tanpa perlu terus kepada Istana Negara dan dihebahkan pula kepada awam,” tegasnya.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Muhyiddin pernah mengancam untuk menekan butang dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ismail Sabri, malah secara terbuka menyatakan Perdana Menteri gagal menguruskan negara serta ekonomi dengan baik.

“Beliau sendiri merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), (malah) pemimpin BERSATU sendiri menteri hal ehwal ekonomi.

“Muhyiddin menyarankan agar Parlimen dibubarkan atas kegagalan tersebut kerana kata beliau lagi, perlu ada kerajaan baharu yang lebih cekap. Namun Muhyiddin cuba menafikan kenyataannya sendiri,” katanya.

Tegas Zahid, tindak tanduk 12 menteri PN ini punca yang mencetuskan serta merta isu ketidakpercayaan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri lantikan Yang di-Pertuan Agong. 

“Sudah pasti, Perdana Menteri boleh sahaja memecat 12 menteri tersebut, namun ini akan membawa krisis yang lebih besar, parah dan memalukan pentadbiran negara. Ia juga akan melibatkan undi tidak percaya dan sebagainya.

“Maka, jalan terbaik untuk berdepan dengan karenah ahli Kabinet tidak berdisiplin ini ialah Perdana Menteri pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan Parlimen,” jelasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, langkah terbabit juga sesuai bagi mengembalikan mandat kepada rakyat, setelah sebelum ini ramai Ahli Parlimen melompat parti.

“(Ini juga bagi) menjawab cabaran Tan Sri Muhyiddin untuk bubar Parlimen, dan memastikan kestabilan politik serta pemulihan ekonomi negara tidak terganggu pada masa akan datang.

“Tenyata dalam tempoh tidak sampai lima tahun, akibat ketidakstabilan politik sudah terdapat tiga Perdana Menteri bertukar ganti. Semoga tragedi politik ini tidak berulang kembali dan perlu diingati selama-lamanya oleh rakyat,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2022


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah