web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semakin Ramai Pemimpin Islam Alpa Tanggungjawab Demi 'Kekayaan' Peribadi, Kroni

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2022 2:00PM

Teks khutbah Jumaat JAIPk menekankan kepada konsep amanah di mana ia adalah tanggungjawab yang amat berat dan menjadi petunjuk kepada keimanan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin Islam ketika ini sedang alpa menikmati kedudukan dan jawatan demi kepentingan peribadi serta kroni, sehingga melupakan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam teks khutbah Jumaatnya hari ini menyatakan, pemimpin tulen diumpamakan sebagai ‘khadam’ bagi mengabdikan diri terhadap orang lain dan diberi upah sesuai dengan usaha serta kerja yang disempurnakan.

Menurut teks khutbah itu, seharusnya wawasan jauh serta matlamat untuk membawa kemajuan kepada organisasi, harus dilaksanakan setiap pemimpin agar mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Hari ini semakin ramai ummah yang terlupa bahawa jawatan ialah amanah Ilahi, amanah negara, amanah organisasi dan amanah dari sesama umat manusia.

“Insaflah! Setiap jawatan adalah amanah dikembari dengan tanggungjawab. Kuasa dimiliki pemimpin merupakan amanah wajib disempurnakan dan menjadi petunjuk akan tahap keimanan seseorang, sebagaimana Nabi menegaskan bahawa tidak sempurna iman seseorang jika tidak amanah.

“Amanah adalah tanggungjawab amat berat sehinggakan langit, bumi dan gunung ganang yang besar tidak sanggup memikulnya, tetapi manusia bersedia untuk mengambil amanah itu, sekalipun manusia itu memiliki kelemahan serta kekurangan, suka berbuat zalim, di samping suka membuat perkara sia-sia,” menurut teks khutbah berkenaan.

Khutbah itu menjelaskan, pemimpin Islam digesa tidak bersikap zalim dengan melakukan perbuatan pecah amanah sehingga mampu memahat bebanan dan penderitaan kepada masyarakat.

“Amanah dipertanggungjawabkan di dunia ini, akan ditanya di Padang Mahsyar pada hari kebangkitan nanti, sama ada disempurnakan memenuhi tuntutan Ilahi. Mereka yang teraniaya, dinafikan hak sehingga menderita disebabkan perbuatan amanah akan menjadi saksi ketika Allah menimbang pahala dan dosa di Mahkamah Rabbuljalil.

“Ketika itu, kita tidak ada lagi peguam bela untuk menjadi jurubicara bermain kata-kata dan memutarbelitkan hujah bagi menegakkan benang yang basah. Di Padang Mahsyar, setiap anggota kita secara sukarela akan menjadi saksi menceritakan segala perbuatan kita lakukan,” katanya.

Lantaran itu, menurut teks berkenaan, pemimpin harus ikhlas menyempurnakan tanggungjawab dengan beramanah, di samping memiliki kekuatan untuk menolak sebarang perbuatan penyelewengan dan rasuah.

“Berwaspada dengan pengaruh yang boleh merosakkan melalui hasutan dan bisikan kaum kerabat serta rakan-rakan, termasuk pembantu di sekeliling kita. Keutamaan menjaga amanah ialah tidak mengkhianati Allah dan RasulNya. Orang yang melakukannya termasuk dalam ciri-ciri orang munafik.

“Pemimpin adalah orang yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah, jika berjaya disempurnakan dengan amanah, akan dianugerahkan ganjaran pahala amat besar, di samping wajib menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan pecah amanah.

“Pemimpin hendaklah dipilih dan jawatan hendaklah diserahkan kepada orang memiliki sifat amanah. Menyerahkan kuasa dan jawatan kepada individu tidak beramanah laksana (ibarat seperti) menyerahkan kambing untuk dijaga serigala,” katanya. - Getaran, 14 oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan