web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Shahril Hamdan Dijangka Calon BN Di Parlimen Alor Gajah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 6:00PM

Shahril Hamdan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO dijangka mempertaruhkan Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan di Parlimen Alor Gajah sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah, terdapat ura-ura mendakwa Naib Ketua Pemuda UMNO itu akan bertanding di kerusi tersebut selepas berjaya memikat hati rakyat, berikutan kelantangannya dalam menegur kerajaan dan pemimpin politik.

Sumber dihubungi Getaran seolah-olah memberi bayangan spekulasi itu mungkin menjadi realiti, susulan beliau mengesahkan Shahril dicalonkan pada PRU-15.

“Kita tidak menolak kemungkinan itu (Shahril bertanding di Alor Gajah). Beliau memang layak untuk menjadi calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) di kerusi tersebut.

“Saya tak boleh bagitahu di mana (Shahril) akan bertanding. Kena tunggu kenyataan rasmi daripada parti (berdasarkan) senarai calon UMNO dan BN untuk PRU-15,” katanya.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Alor Gajah dimenangi Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang seterusnya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan, sebelum beralih ke portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) selepas kerajaan bertukar.

Shahril membuat penampilan sulung dalam politik pada PRU-14 apabila bertanding di Parlimen Kuala Langat, namun tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Xavier Jayakumar dengan majoriti 17,112 undi, membabitkan pertandingan tiga penjuru.

Pencalonan Shahril di Parlimen Kuala Langat itu, dilihat sebagai langkah UMNO untuk meneruskan momentum dalam meletakkan calon muda pada pilihan raya.

Dalam pada itu, sumber turut memaklumkan pimpinan Top Five UMNO ketika ini sedang meneliti senarai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelasnya, Pengerusi Perhubungan UMNO di negeri yang tidak membubarkan DUN serentak dengan Parlimen, turut mengemukakan senarai nama sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum pertengahan tahun depan.

“Lima pemimpin tertinggi UMNO sedang meneliti sebelum ia diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tapisan serta dimuktamadkan.

“Kemungkinan UMNO akan mengumumkan senarai calon dalam masa terdekat, selepas SPR mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi PRU-15 pada 20 Oktober ini,” katanya. - Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

4

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan