web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15 : Sokongan Rakyat Terhadap PH Semakin Meningkat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Oct 2022 3:47PM

Dr Mohammad Agus menyeru orang ramai membuat pilihan bijak dengan mengundi pemimpin berwibawa dan menolak rasuah, selain tekad untuk bangunkan ekonomi negara pasca COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin meningkat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berikutan kelemahan pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia dan Perikatan Nasional (PN). 

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, DAP masih menguasai kawasan majoriti Cina, dan PKR kekal menguasai kawasan semi bandar, justeru apabila undi Melayu berpecah, kaum lain pastinya akan membantu PKR. 

Bagaimanapun, menurut beliau, Barisan Nasional (BN) serta PN tidak ketinggalan memiliki kekuatan di luar bandar yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, khususnya di Kelantan danTerengganu. 

"PH tidak mempunyai kekuatan akar umbi dan pemimpin untuk bersaing di kawasan itu, melainkan ada individu dan calon berwibawa dapat ditonjolkan. Persoalannya, bolehkah atau sempatkah dalam waktu yang singkat ini?

"Bagi Sarawak, parti politik tempatan jelas mendominasi. DAP boleh memenangi kerusi di tiga kawasan majoriti kaum Cina. Di Sabah pula, BN serta PN mempunyai kekuatan dengan gabungan parti tempatan bersama mereka. PH jika hendak menang pun hanya di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, dan Sandakan sahaja," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus Yusoff

Mohammad Agus berkata, senario itu membuktikan sukar bagi sebarang gabungan atau parti politik untuk meraih majoriti dua pertiga kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Menurut beliau, penentuan kerajaan Persekutuan dilihat akan dibuat melalui kerjasama politik selepas PRU-15 dan perkara itu jelas menjadikan parti politik dari Sarawak serta Sabah akan bertindak sebagai 'kingmaker'. 

"Apakah jangkaan ini boleh berubah? Tentunya boleh. Masih ada lagi waktu untuk setiap parti membuat tindakan taktikal dan teknikal dengan strategi kempen serta pemasaran politik masing-masing. 

"Aspek utama perlu diberikan perhatian selain isu, kekuatan kewangan, jentera kempen, media massa, janji politik, dan calon ialah dua perkara ini, iaitu sokongan anak muda dan pengundi baharu, di samping kesediaan setiap parti memilih rakan kerjasama masing-masing," katanya. 

Mohammad Agus juga menyuarakan harapan agar pemimpin tidak menyimpan dendam berpanjangan walaupun berbeza agenda politik dan parti. 

"Saya mahu negara kita berubah dan dipimpin oleh pemimpin yang boleh menjadikan Malaydia gah di pentas dunia. Ingat satu perkara, parti jika tidak bersatu memberi kelebihan kepada mereka yang bekerjasama erat. 

"Dua perkara tersebut adalah amat penting untuk menonjolkan imej perpaduan dan mendapat kepercayaan rakyat. Mereka mahukan kerajaan kuat dan stabil bagi membangunkan negara," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyeru orang ramai melakukan pilihan bijak dengan mengundi pemimpin berwibawa dan menolak rasuah, selain di bertekad untuk membangunkan ekonomi negara yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19. 

"Kita perlu pilih parti yang mempunyai keupayaan memulihkan ekonomi negara, menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tidak membodohkan rakyat, dapat menjaga maruah negara di pentas dunia,  mengurangkan hutang negara dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam. 

"Pada masa sama, pilihlah pemimpin yang mensejahterakan rakyat, memerintah dengan adil, membangunkan negara secara seimbang, mendapat kepercayaan pelabur, membina Malaysia yang cemerlang dan menjamin kestabilan politik.

Katanya, prestasi kerajaan sebelum ini dinilai sebagai lemah kerana banyak duit negara dibazirkan dengan pelantikan Kabinet gemuk dan jawatan lain tidak penting sebagai habuan politik. 

“Polisi negara banyak ad hoc sehingga ekonomi, pasaran saham dan nilai ringgit jatuh. Jika ditegur, budaya penafian menguasai," katanya. - Getaran, 15 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan