web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Cuba Buat Kerja ‘Iblis Dan Syaitan’ Dengan Fitnah DAP

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 5:25PM

Nga Kor Ming - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan DAP dengan gerakan komunis hanyalah fitnah untuk menjatuhkan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming berkata, tindakan mengaitkan partinya dengan fahaman penjajah adalah satu pembohongan.

Beliau berpandangan, tindakan PAS itu dilihat seperti kerja ‘iblis dan syaitan’ untuk menyebarkan fitnah, dan merupakan taktik lama yang kotor untuk menyalahkan DAP dalam semua isu.

“Setiap kali musim pilihan raya, mesti muncul ‘kerja iblis dan syaitan’ memfitnah DAP.

“Taktik kotor lama kononnya ‘semua salah DAP’ sudah terbukti adalah satu pembohongan yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia. Sudahlah!” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Dalam pada itu, Kor Ming yang juga Penyandang Parlimen Teluk Intan turut berkongsi poster memaparkan foto Abdul Hadi dengan tulisan #TolakDAP Pro-Komunis.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, Kor Ming berkata, kenyataan Abdul Hadi itu merupakan senjata politik PAS bagi menutup kegagalan yang telah dilakukan oleh parti tersebut.

“Bila PAS gagal, taktik kotor mereka adalah buat fitnah bodoh yang sudah lama basi. Muak dah,” ciapnya.

Terdahulu, Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebook menegaskan, fahaman komunis lebih bahaya daripada tentera penjajah kerana mampu merosakkan pemikiran dan membunuh akidah.

Jelasnya, sebarang usaha untuk mengangkat atau membenihkan semula ideologi komunisme di tanah air seperti yang pernah dilaksanakan DAP sebelum ini hendaklah dicegah dan ditentang habis-habisan.

Presiden PAS itu turut berkongsi beberapa poster yang mengaitkan DAP dengan komunis, termasuk kejayaan menyeludup dan menaburkan abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng di Malaysia selepas PH menjadi kerajaan pada PRU-14.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu, pemimpin DAP juga terlibat menyertai perhimpunan bekas anggota komunis pada 1 Disember 2019, sehari sebelum ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai, yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

DAP juga dikaitkan dengan komunis selepas buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ diedarkan di Pulau Pinang. - Getaran, 20 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad