web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: PH Perak Akan Pastikan Anwar Menang Di Parlimen Tambun

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 8:28PM

Anwar Ibrahim (tengah) pada Konvensyen PH yang diadakan di Ipoh semalam. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan memastikan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih kemenangan di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November ini.

Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Parlimen Tambun merupakan lambang kepada gabungan itu bagi menebus perbuatan penyandangnya yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengkhianati mandat rakyat.

Menurut beliau, sudah tiba masanya rakyat, khususnya pengundi di Parlimen Tambun untuk bangkit demi menolak sebarang calon rasuah, sebaliknya memilih pemimpin berintegriti dan tidak melakukan perbuatan ‘tikam belakang’ kepada parti komponen.

Dr Mujahid Yusof Rawa
Dr Mujahid Yusof Rawa

“Bagi PH Perak, saya mengalu-alukan kedatangan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun. Pengumuman dibuat semalam ketika Konvensyen PH di Perak sangat signifikan kepada usaha gabungan itu untuk menjadi kerajaan menanti usai PRU-15 nanti. 

“Pengumuman dibuat seiring dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia. Saya dan seluruh pimpinan PH Perak beriltizam untuk memastikan hasrat ini tercapai dengan sokongan padu rakyat di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar menerusi ucapan Konvensyen PH mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU-15, sekali gus mencabar Ahmad Faizal.

Kerusi Tambun dimenangi Ahmad Faizal pada PRU-14, selepas mendahului pertandingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS menerusi majoriti 5,320 undi.

Pada ketika itu, Ahmad Faizal atau Peja bertanding di bawah panji PH dengan menggunakan logo PKR.

Dengan pengesahan dibuat Anwar, ini bermakna Presiden PKR itu akan meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson, yang dimenanginya pada Oktober 2018 menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK), selepas meraih majoriti 23,560.

Dalam ucapannya Anwar berkata, keputusan bertanding di Tambun didorong hasrat menjadikan Perak barisan hadapan bagi PH.

Berhasrat menjadikan Perak mengekori jejak Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, beliau mengakui belajar daripada pengalaman pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang meraih kemenangan di setiap kawasan ditandingi.

Dalam pada itu, Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, partinya teruja apabila Anwar memaklumkan akan menjadi calon Perdana Menteri PH.

“Orang Perak belum lagi mendapat seorang Perdana Menteri dari negeri ini walaupun pernah menikmati Parlimen Bagan Datuk selaku Timbalan Perdana Menteri yang kini bergelut di mahkamah atas dakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa.

“Tiba masanya orang Perak berbangga calon Perdana Menteri kali ini dari bumi bertuah Perak Darul Ridzuan,” katanya. - Getaran, 21 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad