web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Media Sosial Sebar Fitnah Parti Lawan - Anwar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Oct 2022 2:16PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin dan parti politik digesa lebih beretika ketika berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), khususnya di media sosial masing-masing dengan tidak memuat naik sebarang kenyataan palsu atau berbaur fitnah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, orang ramai perlu lebih bijak dalam menilai maklumat di media sosial, demi mengelak daripada terjerumus ke dalam maklumat salah berkaitan agenda dibawa parti politik.

Menurutnya, aspek itu perlu dipandang serius apatah lagi terdapat peningkatan populariti platform media sosial bagi tujuan berkempen ketika pilihan raya dan peranannya dalam membantu menyebarkan propaganda untuk meraih hati rakyat.

“Saya tekankan bahawa rakyat harus menilai dengan bijak, kewibawaan dan dasar yang diketengahkan oleh semua parti politik yang bertanding pada PRU-15.

“Usah gunakan medan ini (media sosial) untuk mengecam dan menebar fitnah seperti yang telah berlaku di beberapa tempat kebelakangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan, PH mempunyai hala tuju yang jelas dalam memastikan kestabilan politik serta keharmonian antara kaum dapat diperkukuh di negara ini.

“PH punyai hala tuju jelas antaranya menawarkan tatakelola baik serta membanteras rasuah.

“Pada masa sama, PH mampu memacu ekonomi dan menjamin keharmonian pelbagai kaum yang ada di negara ini,” katanya.

Anwar turut menyuarakan harapan agar orang ramai memilih PH pada PRU-15 nanti untuk memberi peluang kembali kepada gabungan itu selepas dikhianati oleh pemimpinnya akibat Langkah Sheraton.

“Saya menggesa rakyat Malaysia untuk bersama memberi peluang kepada PH bagi mentadbir negara,” katanya.

Terdahulu, Anwar menerusi ucapan Konvensyen PH mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU-15, sekali gus mencabar Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kerusi Tambun dimenangi Ahmad Faizal pada PRU-14, selepas mendahului pertandingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS menerusi majoriti 5,320 undi.

Pada ketika itu, Ahmad Faizal atau Peja bertanding di bawah panji PH dengan menggunakan logo PKR.

Ahmad Faizal meraih 38,661 undi, Ahmad Husni Hanadzlah (33,341) dan Muhamad Zulkifli (14,948)

Dengan pengesahan dibuat Anwar, ini bermakna Presiden PKR itu akan meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson, yang dimenanginya pada Oktober 2018 menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK), selepas meraih majoriti 23,560. - Getaran, 23 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan