web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: BN Boleh Tumbang Jika Pembangkang Bersatu Hati, Saling Menyokong

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 7:00AM

BN boleh tumbang andai pembangkang bersatu hati. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Wujud keperluan untuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendepani cabaran politik, khususnya dalam menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Dr Mahathir sebagai seorang negarawan, perlu terbuka memberi sokongan sepenuhnya bagi ‘merestui’ Presiden PKR itu dilantik sebagai Perdana Menteri, sekiranya pembangkang kembali menguasai Putrajaya.

Menurutnya, kerjasama Anwar dengan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu boleh dilaksanakan menerusi persefahaman pakatan elektoral dengan cara mengadakan kempen bersama dan menyokong antara satu sama lain, demi mengelakkan persaingan antara parti pembangkang.

“Pada yang menolak pertemuan Anwar dengan Dr Mahathir, nasihat saya, ketepikan emosi itu. PH tidak boleh terlalu yakin. Kedua-dua pemimpin terbabit mempunyai kelebihan dan kelemahan. Suka atau tidak, mereka sekali lagi perlu bekerjasama untuk menghalang UMNO dan BN menang pada PRU-15.

“Semoganya Dr Mahathir boleh memberikan sokongan terbuka kepada Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10 kita. Perkara itu sudah tentunya memberi senyuman lebar kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan, kemajuan dan kestabilan,” katanya kepada Getaran.

Mohammad Agus berpandangan, sekiranya Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri, penyandang Ahli Parlimen Port Dickson itu mampu membawa Malaysia ke arah lebih megah di persada antarabangsa, berikutan beliau mempunyai visi seorang pemimpin dan bukannya ahli politik berfikiran cetek.

Lantaran itu, beliau berkata, pemimpin dan akar umbi PH, harus terbuka menerima Dr Mahathir pada PRU-15, namun harus diperincikan dengan syarat lebih teliti dan jelas menerusi perbincangan agar tiada lagi peristiwa pengkhianatan berlaku dalam kalangan pembangkang.

“Semua pemimpin PH perlu turut bersama. Selepas itu, lakukan kenyataan bersama dengan syarat perjanjian dipersetujui agar rakyat boleh menjadi saksi di kemudiannya dan perbincangan ini juga jangan terbatas, lakukan segera dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti lain yang mendukung aspirasi sama.

“Jika mengenangkan kesilapan Dr Mahathir selepas PRU-14 sehingga PH tumbang, saya juga bersetuju dengan pandangan supaya beliau berehat dari politik, apatah lagi mengenangkan umurnya sudah 97 tahun, namun PRU-15 adalah penting untuk melihat negara terus maju ke depan. 

“Kita memerlukan pemimpin yang mempunyai kebolehan dan keupayaan. Kesediaan Dr Mahathir untuk bertemu dan berbincang dengan Anwar, saya fikir ia adalah perlu dan sewajarnya dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Agus berkata, sokongan rakyat terhadap PH semakin meningkat pada PRU-15 berikutan kelemahan pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia dan Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, DAP masih menguasai kawasan majoriti Cina dan PKR kekal menguasai kawasan semi bandar, justeru apabila undi Melayu berpecah, kaum lain pasti akan membantu PKR. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan, BN dan PN tidak ketinggalan memiliki kekuatan di luar bandar yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, khususnya di Kelantan serta Terengganu. 

“PH tidak mempunyai kekuatan akar umbi dan pemimpin untuk bersaing di kawasan itu, melainkan ada individu serta calon berwibawa dapat ditonjolkan. Persoalannya, bolehkah atau sempatkah dalam waktu singkat ini?

“Bagi Sarawak, parti politik tempatan jelas mendominasi. DAP boleh memenangi kerusi di tiga kawasan majoriti kaum Cina. Di Sabah pula, BN dan PN mempunyai kekuatan dengan gabungan parti tempatan bersama mereka. PH jika hendak menang pun hanya di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Jayum Jawan berkata, PH sudah pasti membawa agenda menentang rasuah yang dipelopori kepimpinan tertinggi UMNO dan menghentam Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa mendesak PRU-15 dilaksanakan segera, demi melepaskan pertuduhan beliau di mahkamah.

Hakikatnya, beliau berkata, imej Malaysia di persada dunia amat terjejas berikutan ramai pemimpin utama kerajaan, disabitkan pendakwaan di mahkamah atas kesalahan kes rasuah dan guna kuasa.

Jelasnya, isu kepemimpinan dilontarkan Ahmad Zahid dijangka mempengaruhi kempen dan dibangkitkan parti lawan, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Wujud kebarangkalian dalam kempen PRU-15 yang menyentuh isu tadbir urus baik tanpa rasuah, bebas salah guna kuasa dan tuntutan dalam aspek Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dimainkan parti politik untuk menentang BN. 

“Tidak mustahil isu itu boleh digunakan dengan pelbagai konteks parti bertanding nanti. Ketika pemimpin BN khasnya UMNO terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa, pihak PH dan PN pula dilihat lebih ‘bersih’, walaupun tidak suci,” katanya.

Tambah beliau, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka mampu menang selesa, walaupun berkemungkinan tidak mampu menawan semua kerusi Parlimen dipertandingkan di negeri berkenaan.

“PAS juga akan menjadi blok kedua selepas GPS dipilih untuk membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh.

“Sebagai parti pemerintah di tiga negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, PAS berpeluang mempertahankan sejumlah kerusi sedia ada sebagai angka untuk berunding dengan pemenang terbaik kelak,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

3

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula