web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anak Muda Jangan Lagi Terpedaya Janji Manis PH Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 10:00PM

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai janji manis yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) menerusi propaganda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan iktibar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) memberi peringatan kepada anak muda untuk tidak terpesona dengan kelicikan lawan gabungan itu yang bersikap populis dalam menawarkan janji. 

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai janji manis yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) menerusi propaganda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan iktibar. 

Menurut beliau, janji untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma yang dijanjikan pada PRU-14 pada hakikatnya tidak pernah terlaksana.

"Mereka juga mahu bawa kumpulan muzik tertentu ke Malaysia serta kononnya akan wujudkan sejuta pekerjaan, 'bawa pulang' rakyat bekerja di Singapura dan banyak lagi.

"Saksikan juga ketidakstabilan dibawa lawan BN kepada negara sepanjang mereka diberi peluang jadi kerajaan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pengundi muda perlu memastikan kestabilan, kemakmuran kembali terbentuk demi masa depan mereka dengan memilih BN. 

"Ingatlah Malaysia amat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, kukuh lagi berkemampuan dari sekarang.

"Dunia diramal berdepan kemelesetan ekonomi global pada tahun 2023 oleh banyak badan antarabangsa," katanya. 

Ahmad Zahid menegaskan, hanya BN yang mempunyai pengalaman mentadbir negara mampu mendepani permasalahan tersebut berbanding gabungan politik lain. 

Menurut Presiden UMNO itu, tanpa kerajaan yang kukuh dan stabil, oramg muda sudah pastinya antara golongan yang paling terjejas.

"Peluang pekerjaan dan kerjaya untuk mereka semakin terhad. Peluang memiliki kediaman semakin terkesan.

"Peningkatan kos sara hidup yang gagal ditangani oleh Majlis Pemulihan Negara akan bertambah merisaukan yang asas kewujudannya sejak 4 September 2021 adalah politik," katanya. 

Sekiranya BN berjaya menang pada PRU-15, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan kembali berfungsi sebagai sebuah pasukan tanpa ugutan dan tuntutan politik. 

"Ia perlu dilakukan bagi memudahkan usaha membentengi rakyat daripada impak kemelesetan ekonomi global.

"Ramalan kemelesetan ekonomi dunia berbaki beberapa bulan selepas PRU-15. Buatlah pilihan yang tepat kerana ia amat penting dalam menentukan hala tuju negara," katanya. - Getaran, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula