web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemelut Jawatan Presiden PBM Diselesai Sebelum 5 November

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 6:23PM

Zuraida Kamaruddin (tengah) pada sidang media khas menjelaskan mengenai kemelut yang melanda Parti Bangsa Malaysia di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemelut jawatan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) antara Datuk Larry Sng dengan Datuk Zuraida Kamaruddin diselesaikan secara dalaman sebelum 5 November depan.

Zuraida berkata, satu mesyuarat tertutup akan diadakan dalam masa terdekat bagi memuktamadkan keputusan siapa yang layak memegang jawatan Presiden PBM.

“Segala isu Presiden PBM, insyaAllah diselesaikan secara dalaman sebelum 5 November.

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

“(Kemelut antara saya dengan Larry) akan diselesaikan dalam mesyuarat. Kita akan selesaikan dengan cara baik,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PBM di Ampang di sini, hari ini. 

Terdahulu, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha mendakwa Zuraida yang juga penyandang Ahli Parlimen Ampang itu sebagai Presiden PBM sah selepas diumumkan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Bangsa Malaysia pada 7 Oktober lalu.

Larry pula mendakwa beliau tidak pernah meletak atau melepaskan jawatan sebagai presiden parti itu, selain memaklumkan bertanding menggunakan logo PBM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November depan.

Beliau menegaskan masih bergelar presiden parti sah seperti dalam rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) dengan menyaksikan beliau dipilih sebagai presiden ketika mesyuarat khas persidangan agung parti itu bagi penggal 2021-2024 di Sibu, Sarawak pada 8 Januari lalu.

Larry Sng
Larry Sng

Semalam, Larry turut menggantung 13 Ahli Majlis Tertinggi PBM, iaitu Zuraida, Haniza, Daroyah Alwi, Rahimah Majid, Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Na’im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Muniraa Abu Bakar, Chua Lian Chye, Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Pada masa sama, Larry mengumumkan penggantungan keahlian Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Zuraida menyifatkan segala isu yang dihadapi PBM ketika ini sekadar kemelut dalaman yang boleh diselesaikan demi memperkasakan PBM menjelang PRU-15.
Zuraida menyifatkan segala isu yang dihadapi PBM ketika ini sekadar kemelut dalaman yang boleh diselesaikan demi memperkasakan PBM menjelang PRU-15.

Sementara itu, ditanya isu penggantungan terbabit termasuk dirinya, Zuraida mengunci mulut dan hanya menegaskan ia juga akan diselesaikan pada mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata, segala isu dihadapi PBM ketika ini, sekadar kemelut dalaman yang boleh diselesaikan demi memperkasakan PBM menjelang PRU-15.

“PBM ketika ini akan fokus kepada parti. Arahan (daripada Presiden PBM) setakat ini tiada (yang berstatus kekal), tetapi saya dan Larry akan selesaikan secara dalaman.

“(Isu penggantungan) juga akan diselesaikan secara dalaman,” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula