web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerusi Parlimen Tapah Milik PKR, MUDA Perak Mohon Maaf

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 12:01PM

Mutalib Uthman - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (MUDA) Perak, Mutalib Uthman memohon maaf atas kekhilafan mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau mengakui kesalahan itu selepas mengadakan perbincangan dan rundingan di antara semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH).

Lantaran itu, Mutalib mengesahkan bukan wakil MUDA akan bertanding di kerusi berkenaan, sebaliknya PKR bakal dicalonkan di situ mewakili PH.

“Justeru, saya memohon maaf di atas segala kekhilafan yang berlaku. Mengaku salah dan mohon maaf, petanda jiwa yang berani. 

“Berani mengubah kesalahan ke arah kebaikan adalah langkah awal menuju kejayaan. Ayuh kita fokus memenangkan PH dan MUDA,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Mutalib membuat kejutan dengan mengumumkan dirinya akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah.

Bagaimanapun, kenyataan itu segera dinafikan kepimpinan MUDA yang menyatakan parti terbabit komited untuk mengelakkan sebarang pertembungan dengan PH.

Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long berkata, Parlimen Tapah bukan milik parti itu, sebaliknya ia kerusi PH.

Menurut beliau, sehingga 29 Oktober lalu, MUDA hanya mengumumkan tiga kerusi, iaitu Parlimen Kepala Batas, Parlimen Tanjung Karang dan Parlimen Tanjung Piai.

Jelasnya, sebarang pengumuman mengenai calon parti hanya akan dibuat pengarah pilihan rayanya, Amira Aisya Abd Aziz.

Sementara itu, walaupun tidak dicalonkan di Parlimen Tapah, Mutalib berkata, beliau tetap akan bertanding mewakili MUDA pada PRU-15.

“Saya akan bertanding di kerusi luar bandar dan kerusi milik Menteri lain. 

“Ini selaras dengan perjuangan MUDA dalam PRU-15, iaitu bertanding di kerusi luar bandar dan MUDA lawan Menteri,” katanya. - Getaran, 31 Oktober 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula