web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon PN Paling Awal, GTA Terakhir Serah Borang Parlimen Alor Gajah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Nov 2022 2:43PM

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menjadi calon paling awal tiba di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, bagi proses penamaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah -Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menjadi calon paling awal tiba di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, bagi proses penamaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah.

Kehadiran Mohd Redzuan dengan mengenakan baju Melayu berwarna biru pada jam 8.20 pagi itu, diiringi seorang pencadang dan beberapa penyokong. 

Ia disusuli ketibaan mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) pada jam 8.33 pagi dengan lengkap berbaju Melayu putih. 

Manakala, calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan tiba di pusat penamaan sama pada jam 8.39 pagi. 

Sementara itu, calon paling lewat tiba untuk menyerahkan borang pencalonan adalah Muhammad Nazriq Abdul Rahman yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) daripada BERJASA.

Beliau tiba di pusat itu pada jam 8.52 pagi dengan memakai baju kemeja putih dan seluar berwarna coklat. 

Semua pusat pencalonan dibuka serentak pada jam 9 pagi dan semua calon diberi masa sehingga 10 pagi untuk menyerahkan borang masing-masing.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membuka tirai hari ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Pahang dengan 42 kerusi, Perlis (15) dan Perak (59). 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian, manakala 15 November adalah tarikh bagi mengundi awal. 

Melaka bakal menyaksikan pilihan raya di enam kerusi Parlimen. - Getaran, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula