web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Isu Protes Selesai, 38 PDM BN Jasin Berjalan Seperti Biasa

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 6:54PM

Semua 38 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di bawah Parlimen Jasin termasuk sembilan yang ditutup dipercayai kerana protes sebelum ini akan beroperasi seperti biasa - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Semua 38 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di bawah Parlimen Jasin termasuk sembilan yang ditutup dipercayai kerana protes sebelum ini akan beroperasi seperti biasa. 

Perkara itu disahkan Ketua UMNO Jasin, Datuk Hasan Abd Rahman yang memberitahu, petugas di semua PDM tersebut pada mulanya terkilan apabila BN tidak mempertaruh calon pilihan mereka di kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun katanya, ia berjaya diselesaikan hasil perbincangan bersama pengarah pilihan raya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan UMNO Jasin demi kemenangan BN pada pilihan raya umum (PRU), kali ini. 

Hasan Abd Rahman
Hasan Abd Rahman

"Walaupun sembilan PDM ini telah ditutup mulanya, namun empat daripadanya berjaya diselesaikan oleh cawangan masing-masing dan saya pula akan mencuba sebaiknya menyelesaikan baki lima PDM lagi. Dekat tiga hari juga perkara itu dilakukan dan semua sembilan PDM itu telah pun mula dibuka mulai hari ini. 

"Selepas penamaan calon, semua tidak berpuas hati tetapi semua akur apabila diberitahu mengapa semua jentera dan ahli BN perlu menyokong calon yang dipilih kepimpinan tertinggi," katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks Bemban, di sini hari ini. 

Terdahulu, sembilan PDM BN di kawasan Parlimen Jasin dilaporkan ditutup selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN), Selasa lalu. 

Difahamkan tindakan itu dibuat susulan ketidakpuasan hati akar umbi BN di kawasan berkenaan, selepas Timbalan Ketua UMNO Jasin, Datuk Roslan Ahmad dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Jasin.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, jentera BN di Parlimen Jasin perlu bersama agar kepercayaan rakyat semakin utuh untuk memilih gabungan itu. 

Menurut beliau, undi asas sudah pastinya mampu diperoleh dengan mudah sekiranya tiada PDM atau ahli akar umbi BN memboikot calon yang telah dipilih.

"Semua perkara kita hadapi boleh diatasi, BN terbukti kerajaan yang kuat namun sebab fitnah (pada) PRU-14, kita kehilangan kuasa namun PRU-15 harus beri keyakinan (kepada) rakyat (bahawa) kita dah berubah agar kestabilan politik mampu dicapai. 

"Jangan jadi duri di belakang manakala bahagian depan api. Kita mesti kerja kuat (untuk) menangi hati rakyat supaya terima apa juga kritikan dan jawab dengan baik. Saya yakin masyarakat kita akan memilih kita nanti," katanya. - 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula