web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MIC Melaka Kerja Keras Pastikan Kemenangan Calon BN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Nov 2022 11:48AM

Shanmugam berkata, sehingga kini pihaknya sangat berpuas hati dengan komitmen jentera BN. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - MIC Melaka tetap mahu memastikan jentera parti itu bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), meskipun tidak menyandang sebarang kerusi Parlimen di negeri tersebut.

Pengerusi MIC Melaka, VP Shanmugam berkata, jentera parti itu di semua peringkat sudah diarah bersama dengan komponen BN yang lain untuk bergerak seiring dalam melaksanakan segala tugas berkaitan.

Menurut beliau, perkara itu bagi memastikan negara kembali stabil, sekali gus membawa kemakmuran kepada masyarakat.

“MIC dah bersiap siaga dan saya rasa di peringkat Melaka, sudah melepasi 50 peratus kita mengenali siapa pengundi putih, kelabu dan hitam serta potensi Parlimen Alor Gajah.

“Jentera MIC nampaknya begitu bersemangat untuk bekerja, malah turut memperlihat masing-masing untuk memastikan semua calon BN menang pada PRU-15,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.

Shanmugam berkata, sehingga kini pihaknya sangat berpuas hati dengan komitmen jentera parti berkenaan di semua peringkat, dan optimis BN mampu menang di kerusi Parlimen yang disasarkan.

Beliau memberitahu, MIC sudah bersedia untuk menghadapi PRU-15 sejak beberapa bulan lalu, dan hanya menunggu semboyan pembubaran Parlimen dibunyikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita perlu dapatkan pemimpin yang boleh melaksanakan tugas dengan amanah serta mampu membawa kemajuan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ada wakil rakyat dia DUN lain, Parlimen tempat lain. Jadi, macam mana mereka nak taburkan khidmat sebaiknya kepada rakyat dan ini menunjukkan mereka hanya mengejar bayangan atau impian peribadi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Shanmugam turut mengharapkan kaum India negara ini memilih BN bagi memperoleh manfaat lebih besar berbanding gabungan politik lain.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka berkata , semua perkara yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini terbukti banyak membantu kaum berkenaan, malah sudah terbukti mereka terpinggir ketika negara ditadbir Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

“Seperti di Alor Gajah, potensi calon BN amat besar cuma kena buat kerja sebab PH adalah mantan Ketua Menteri dan PN pula penyandang bagi kerusi terbabit.

“Shahril Hamdan seorang berkaliber dan telah pun turun tiga bulan lebih awal sebelum bermulanya tempoh PRU-15. Pengundi India saya jumpa pun mengatakan calon ini adalah yang terbaik dan kita yakin Shahril mampu bantu kita di peringkat DUN jika dia berjaya tawan Parlimen Alor Gajah,” katanya. - Getaran, 6 November 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan