web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih Banyak Tanah OA Diwartakan, Sosioekonomi Terbela Jika PH Menang PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 10:04PM

Adly (dua dari kanan) bertemu dengan penduduk Orang Asli dalam kunjungannya ke Perkampungan Orang Asli Tebong Station, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH – Lebih banyak tanah milik Orang Asli (OA) di Melaka akan diwartakan oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan itu berjaya mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, ia menjadi sebahagian agenda utama PH Melaka bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ini dasar kita lakukan ketika menjadi kerajaan dan kalau ikut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Melaka antara negeri yang meluluskan pewartaan itu namun bila dinilai balik, perkara itu tidak disempurnakan.

“Justeru, ini harus diberikan keutamaan walaupun sebahagian OA menuntut kawasan rayau bagi mendapatkan hasil dan sebagainya, tetapi saya fikir keutamaan adalah pewartaan di samping mereka mahu diberikan keutamaan seperti warga (Malaysia) lain,” katanya ketika ditemui media di Perkampungan Orang Asli Tebong Station, hari ini.

Adly Zahari
Adly Zahari

Mengulas lanjut, calon PH bagi Parlimen Alor Gajah itu berkata, tidak sewajarnya masyarakat Orang Asli dipinggirkan dan ‘dianak tirikan’ oleh kerajaan kerana mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sudah tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka macam kita, sama sahaja namun boleh dilihat (keadaan) berbeza berbanding kampung dan kawasan bandar, seolah-olah Orang Asli tidak beri hasil kepada kerajaan. Tapi sebenarnya mereka ini rakyat yang harus diberi keutamaan kerana sebahagian dalam sistem negara ini.

“Masa kita memimpin Melaka, perkampungan OA merupakan antara produk pelancongan kita dan sepatutnya ini mesti dijaga. Kalau infrastruktur lebih baik serta orang ramai boleh akses, sudah pasti produk mereka mampu dijual kepada pelancong,” katanya.

Adly beramah mesra dengan penduduk di Perkampungan Orang Asli Tebong Station.
Adly beramah mesra dengan penduduk di Perkampungan Orang Asli Tebong Station.

Sementara itu, Adly berkata, terdapat keperluan sosioekonomi masyarakat Orang Asli, khususnya pendidikan dan kesihatan distruktur semula agar komuniti itu mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik.

Menurut beliau, PH sentiasa komited membangun dan meningkatkan taraf kehidupan Orang Asli yang sudah termaktub menerusi manifesto gabungan itu untuk PRU-15.

Aspek pendidikan kepada anak-anak Orang Asli merupakan antara perkara yang akan diberikan keutamaan.
Aspek pendidikan kepada anak-anak Orang Asli merupakan antara perkara yang akan diberikan keutamaan.

“Mereka mungkin setakat hidup sahaja untuk makan, namun dari segi penjagaan kesihatan apa yang mereka makan itu perlu diberikan tumpuan dan saya fikir memang perlu distruktur semula agar perkara itu dapat dilaksanakan Orang Asli.

“Ia perlu dibuat secara terancang dan lebih baik dari semasa ke semasa. Kalau kita lihat masyarakat Orang Asli itu kalau dijadualkan persoalan kesihatan, boleh jadi lebih baik (berbanding) apa yang ada pada hari ini.

“Oleh sebab itu, di dalam manifesto PH, keutamaan kepada OA memang dinyatakan dan paling penting ia digazetkan dalam mana-mana keadaan dan suasana,” katanya. – Getaran, 6 November 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula