web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Mahu Layan Kecaman, Calon PAS Kuala Terengganu Pilih Hantar Beras Dulu

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 4:22PM

Ahmad Amzad Hashim menyaksikan perlawanan bola sepak antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC malam tadi - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim enggan melayan sebarang kecaman atau sentimen negatif pihak luar, kerana mahu menumpukan perhatian kepada khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Tegasnya, beliau tidak mempunyai masa untuk saling berbalah atau menuding jari kerana lebih mengutamakan kepentingan rakyat.

“Jika nak berpolitik, teruskan. Saya nak hantar beras dulu, tiada masa untuk menuding jari siapa salah siapa betul. Kepentingan rakyat lagi utama,” katanya.

Amzad menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap kempen dan ceramah segelintir calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang cenderung menyerang keperibadian lawan, berbanding bercakap mengenai perjuangan dibawa.

Gambar Facebook PAS Kuala Terengganu
Gambar Facebook PAS Kuala Terengganu

Tinjauan Getaran di laman Facebook PAS Kuala Terengganu mendapati, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi itu juga dilaporkan menyimpan gaji dan elaun diterimanya untuk membantu penduduk Kuala Terengganu, sejak dilantik menyandang portfolio itu pada 2020.

Difahamkan, Amzad yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu tahun lalu telah menggunakan pendapatan diterima untuk membeli 100 unit peranti bagi kegunaan pelajar, agar mereka boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPR) dengan selesa.

Sumbangan dan tugas beliau sebagai Ahli Parlimen juga diakui oleh netizen dan pengundi setempat.

Beliau didakwa sebagai ahli politik yang memiliki pelbagai idea dan berjaya menggerakkan sejumlah besar program kementerian dengan cemerlang.

Dakwa netizen, nama Amzad tidak begitu menyerlah kerana pesona Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika itu iaitu Khairy Jamaluddin lebih menonjol.

“Amzad ni YB (Yang Berhormat) saya. Seorang bekas CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) syarikat shipbuilding. Dia memang kuat bekerja dan banyak idea serta berjaya melaksanakan banyak program kementerian.

“Cuma (beliau) tak terkenal sebab tak ada branding macam KJ (Khairy Jamaluddin) dan mungkin sebab dia dari PAS,” ujar seorang netizen.

Menerusi hantaran sama, jurucakap PAS Kuala Terengganu turut memohon pengundi agar sekali lagi memberi kemenangan kepada Amzad yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

“Negara perlukan pemimpin yang prihatin dan bersih sebegini. Ayuh orang Kuala Ganu, menangkan Datuk Amzad Hashim,” ujarnya.

Pada PRU-14, Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu di bawah tiket PAS dengan majoriti undi 42,998.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail serta wakil Pakatan Harapan (PH-AMANAH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Amzad dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa kerajaan ditadbir Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menyandang jawatan tersebut semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Getaran,13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Parti Aloha: Kerajaan Negeri Panggil Pemilik Resort

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran