web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Setuju Tak Apa, Tapi Jangan Rosakkan Bahan Kempen - Fahmi Fadzil

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 5:42PM

Fahmi Fadzil kecewa kerana poster dan bahan kempennya diconteng dengan perkataan kesat. - Tangkapan layar dari TikTok ​Fahmi Fadzil ​

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil naik berang apabila poster dan bahan kempennya menjadi mangsa vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Fahmi dilihat meluahkan kekesalan apabila melihat poster dan bahan kempen dipasang diconteng dengan perkataan kesat.

“Tak sokong tak apa, tapi janganlah rosakkan poster, bahan kempen saya.

“Kalau tak setuju tak apa, tapi janganlah rosakkan bahan kempen orang, billboard saya. Kamu letak, tampal entah apa-apa. Tak payahlah,” katanya dengan berlatar belakang papan tanda yang dirosakkan itu.

Jelas Fahmi, beliau menerima dengan hati terbuka jika perjuangan dibawanya tidak dipersetujui mana-mana pihak, kerana ia adalah asam garam dalam dunia politik.

Namun perbezaan ideologi itu katanya, tidak seharusnya dijadikan modal untuk melakukan perkara tidak diingini.

“Kalau tak suka hujahlah. Kenapa nak rosakkan? (Buat) Khianat, buat apa?” soalnya yang jelas marah dengan insiden tersebut.

Sekadar info, perbuatan khianat ke atas bahan kempen calon PRU-15 adalah satu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Fahmi pada PRU-15 bakal berdepan saingan empat penjuru, terdiri daripada Datuk Ramlan Askolani (BN), Fauzi Abu Bakar (PN) dan Dr Noor Asmah Mohd Razalli (PEJUANG).

Beliau yang kali pertama ditampilkan pada PRU-14 menggantikan Nurul Izzah Anwar berjaya menewaskan dua lagi calon dalam saingan tiga penjuru.

Ketika itu, Fahmi yang dicabar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) dan Fauzi Abu Bakar (PAS) menang dengan majoriti 5,598 undi. – Getaran, 14 November 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah