web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohon Sokongan Untuk BN, Ismail Sabri Garis 4 Iltizam Untuk Masa Depan Negara

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 5:49PM

Petugas SPR melakukan persiapan akhir menjelang PRU-15 esok, yang bakal menyaksikan lebih 21 juta pengundi berdaftar bakal menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara bagi tempoh 5 tahun akan datang. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggariskan empat iltizam yang bakal dilaksanakan jika Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat mentadbir negara, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok.

Menurut beliau, semua iltizam berkenaan diyakini mampu membawa kestabilan dan kemakmuran yang lebih jitu untuk masa depan tanah air.

“Pada 19 November (esok), Keluarga Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab (mengundi) untuk memastikan negara ditadbir dengan baik.

“Insya Allah, jika saya diberi peluang meneruskan pentadbiran ini, (ini) empat iltizam saya untuk Malaysia,” katanya menerusi satu rakaman video di laman YouTube.

Antara lain, iltizam berkenaan merangkumi inisiatif untuk menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

“Tumpuan juga akan diberikan kepada usaha menyuburkan kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara.

“Kesucian agama Islam juga akan terus dipelihara tanpa meminggirkan agama lain, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, selain memperkasa integriti tadbir urus negara,” katanya.

Ismail Sabri yang juga calon BN di Parlimen Bera berkata, tugasnya sebagai Perdana Menteri bermula dengan kesukaran, rentetan daripada kemelut politik negara.

“Pada 21 Ogos 2021, takdir Allah SWT saya menggalas tanggungjawab untuk menerajui negara dan ia bukan satu tugas yang mudah.

“Saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga dalam penggal yang sama,” katanya sambil mengakui, peralihan kerajaan sepanjang tiga tahun itu adalah episod gelap kepada negara.

Jelas beliau, negara waktu itu berhadapan ancaman pandemik COVID-19 dengan jumlah pesakit yang mencecah puluhan ribu.

“Ratusan rakyat terkorban setiap hari dan ia hampir melumpuhkan fasiliti kesihatan.

“Tidak cukup dengan itu, negara berhadapan krisis ekonomi. Jumlah pengangguran meningkat lebih 700,000 individu. Banyak sektor perniagaan terpaksa gulung tikar dan rakyat hilang mata pencarian,” katanya.

Senario ketika itu katanya, membuatkan beliau bertekad untuk memulihkan negara dan menjalin hubungan yang teguh bersama negara.

“Atas kesedaran dan iltizam itu, pentadbiran saya melancarkan inistiatif Keluarga Malaysia,” katanya.

Inisiatif Keluarga Malaysia menggariskan 15 agenda bagi membangunkan negara.
Inisiatif Keluarga Malaysia menggariskan 15 agenda bagi membangunkan negara.

Inisiatif Keluarga Malaysia menggariskan 15 agenda iaitu mengembalikan kestabilan politik dan perpaduan negara, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berhasil memberikan suntikan kepada 98.7 peratus penduduk, meletakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia terbaik di ASEAN dan memberi bantuan tunai serta subsidi terbesar berjumlah RM77.7 bilion.

Melaksanakan transformasi undang-undang melalui penggubalan Akta Anti Lompat Parti, Akta Anti Gangguan Seksual dan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), memastikan kebebasan badan kehakiman dan legislatif, berjaya memperkasa bahasa Melayu di pentas antarabangsa, mewujudkan pelan tindakan dasar sekuriti makanan negara bagi memastikan bekalan makanan mencukupi.

Menaikkan gaji minimum sehingga RM1,500, memperkasa golongan wanita melalui penubuhan Majlis Wanita Negara, memperkasa institusi hakim di bawah Mahkamah Syariah, mewujudkan Akta Pembiayaan Kewangan melalui Jabatan Kehakiman Syariah.

Melaksanakan inisiatif untuk golongan belia melalui pelantikan wakil belia sebagai senator Dewan Negara, memberi peranti siswa kepada 400,000 pelajar daripada keluarga B40 dan menyediakan kredit mikro untuk usahawan belia.

Menjaga kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan menerusi bantuan khas kewangan, kenaikan gaji tahunan khas RM100, kenaikan kadar cuti maksimum, perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan cuti dan tambahan kadar cuti rehat khas.

Kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan antara perkara yang diberikan perhatian.
Kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan antara perkara yang diberikan perhatian.

Memperkasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui pindaan Perlembagaan dan meningkatkan kesejahteraan hidup 113,000 peneroka FELDA.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keadaan negara ketika ini bertambah baik dan mampu bergerak maju untuk melakar kejayaan.

Bagaimanapun katanya, masih banyak perlu dilakukan untuk memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara dan bangsa yang kembali dihormati di persada dunia.

“Saya Ismail Sabri bin Yaakob dengan rendah diri memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada saya dan BN menerajui negara pada penggal akan datang.

“Semoga Allah SWT terus merahmati serta memelihara negara dan Keluarga Malaysia. Ya Allah, sesungguhnya kepadaMu kami berserah,” katanya.

PRU-15 bakal melabuhkan tirainya esok dan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah.

Ia melibatkan 21,173,638 pemilih berdaftar berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Ogos yang dikemaskini sehingga 9 Oktober. – Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki