web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#PRU15: Adakah SPR Guna Helah Kotor, Taktik Penangguhan?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 5:30PM

R Ramanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa menggunakan muslihat kotor dan taktik penangguhan untuk mengecewakan pengundi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Sungai Buloh, Datuk R Ramanan mendakwa pengundi di Saluran 4 dan 5 di sini tertakluk kepada proses pengesahan panjang yang menyaksikan mereka menunggu sehingga lima jam sebelum boleh mengundi.

“Orang ramai letih, tiada minuman, tiada makanan, tiada kerusi untuk duduk. Apa yang SPR cuba lakukan?

“Kami menerima banyak aduan daripada ejen pengiraan undi dan pengundi bahawa SPR sengaja membiarkan mereka menunggu selama tiga hingga lima jam untuk mengundi,” katanya yang kelihatan amat marah ketika ditemui pemberita di SMK Seksyen 8, Kota Damansara di sini, petang ini.

Malah beliau mendakwa seorang pegawai SPR memberitahunya bahawa pengundi diberi masa antara 57 saat hingga seminit untuk mengundi.

“Terdapat seramai 8,300 pengundi di sini! Bagaimana ia mungkin dilakukan?” soalnya.

Beberapa pengundi yang mendengar perbualan itu turut bersetuju apabila seorang lelaki memberitahu dia telah menunggu selama tiga jam manakala sepasang suami isteri dan anaknya turut mendakwa mereka masih belum makan atau diberikan minuman.

“Ini kejam. Bagaimana SPR boleh melakukannya? Apakah agenda mereka? Mereka sepatutnya berlaku adil.

“Adakah SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) untuk mengecewakan pengundi sehingga mereka akan penat dan balik?

“Saya tidak takut untuk berkata demikian. Ini menggunakan helah kotor dan taktik penangguhan di mana pengundi mengatakan nama mereka dieja mengikut abjad.

“Perkara karut apakah ini?” soalnya.

Sg Buloh menyaksikan pertembungan sengit antara Ramanan dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini berada pada tahap tertinggi dengan hampir 50 peratus daripada 22 juta pengundi sudah berbuat demikian setakat jam 2 petang tadi. - The Vibes, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad