web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerjasama BN-PH Normal Sepertimana Sokongan PAS Kepada PKR-DAP PRU 2008

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 8:00PM

(Dari kiri) Amirudin Shari, Wan Rosdy dan Mat Sabu ketika berkongsi pentas berkempen di PRK DUN Tioman hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara parti politik sebelum mahupun selepas pilihan raya bagi membentuk kerajaan adalah normal walaupun berbeza agenda dan ideologi. 

Mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu adalah ijtihad semasa parti serta gabungan politik agar perjuangan mereka mampu direalisasikan demi kebaikan rakyat. 

Menurut beliau, PAS juga melakukan perkara sama pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 apabila parti tersebut yang berjaya menawan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor mengambil keputusan menyokong PKR dan DAP yang memperoleh 26 kerusi bagi membolehkan pembentukan kerajaan di negeri itu.

"PAS menolak untuk menyokong Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 34 kerusi bagi menamatkan legasi pemerintahan gabungan itu sejak sebelum merdeka di bumi Selangor. Ia juga membuat keputusan sama di Perak pada PRU yang sama. 

"Hasilnya, PAS mendapat laba menjadi Menteri Besar walaupun mempunyai bilangan kerusi terkecil. Mereka menolak untuk menyokong BN yang mempunyai 27 kerusi tetapi tidak boleh menubuhkan kerajaan melainkan dengan kerjasama parti lain.  

"Selepas penubuhan kerajaan Selangor dan Perak itulah ditubuhkan pakatan politik yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat. Ia bukan ditubuhkan sebelum PRU tetapi selepas PRU. Ini yang dikatakan sebagai persefahaman pasca pilihan raya," katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan pola yang sama apabila BN memenangi sembilan kerusi membuat keputusan membentuk kerajaan Perak dengan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 24 kerusi dan dipimpin Menteri Besar daripada UMNO. 

Menurut beliau, persefahaman itu juga berjaya direalisasikan di Pahang apabila BN yang mempunyai 16 kerusi bersetuju membentuk kerajaan negeri dengan PH dan tidak mahu bersama dengan Perikatan Nasional (PN) yang memiliki 17 kerusi DUN.

"Kesimpulannya, itulah politik. Setiap parti membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk kesinambungan perjuangan parti masing-masing kerana ia adalah ijtihad dan keputusan politik semasa.

"Kalau BN hari ini bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP, begitulah juga PAS dahulunya juga menjalin kerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan," katanya. 

Bagaimanapun, mantan Menteri PN itu menegaskan kerjasama tersebut mampu terjalin dan akan lebih berkekalan dalam tempoh yang lama sekiranya syarat setiap parti komponen itu direalisasikan. 

"Jika sebaliknya, maka gabungan politik terburai dan dileraikan di tengah jalan. Syarat yang dikenakan oleh PAS dahulu untuk bekerjasama dengan DAP ialah Islam dan Melayu. 

"Apabila syarat tidak dipenuhi, maka PAS menerusi Majlis Syura Ulama diusulkan untuk membuat keputusan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat kemudiannya bertukar menjadi Pakatan Harapan," katanya. 

Terdahulu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar selepas PH bersetuju untuk menerima parti itu sebagai rakan gabungan bagi membentuk kerajaan negeri.

Kerjasama itu turut terjalin antara BN dan PH di Pahang yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. - Getaran, 1 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula