web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Ingin ‘Bunuh’ UMNO: Kenyataan Mohamad Tidak Masuk Akal

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 8:19PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa PAS ‘ingin membunuh’ parti Melayu itu serta menganggap DAP ikhlas dalam bekerjasama, adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan didakwa dibuat dalam keterpaksaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, hakikatnya sejarah politik negara ini menunjukkan UMNO terus bertekad sejak sekian lama untuk menghapuskan PAS, termasuk percubaan untuk mengharamkan parti berkenaan suatu ketika dahulu.

“Sebaliknya sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasarnya, PAS sentiasa berazam dan bertindak mendekati UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam serta orang Melayu iaitu kelompok majoriti rakyat negara ini.

“Usaha penyatuan ummah juga seterusnya digagaskan merentasi rakyat pelbagai kaum dan agama bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni melalui saluran demokrasi dan berlandaskan lunas undang-undang,” katanya.

Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam berkata, UMNO bekerjasama dengan DAP pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana parti itu tidak bermuka-muka serta tidak berpura-pura dalam setia kawan.

Sebaliknya, Mohamad berkata, UMNO sukar bekerjasama dengan PAS kerana PAS tidak pernah setia atau ikhlas, malah tanpa segan berselingkuh dan curang dengan parti serpihan atau ‘janda’ UMNO.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, sebagai sebuah parti arus perdana, PAS akan terus bersikap terbuka serta bersedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan perundingan dengan mana-mana pihak.

Jelasnya, ini dilakukan dengan memfokus kepada setiap titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan demi kebaikan negara serta rakyat jelata.

“PAS amat yakin hanya dengan perpaduan semua parti politik yang terbentuk di atas keikhlasan dan niat murni sahaja akan dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada seluruh rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya,” katanya.

Tambah beliau, PAS juga sentiasa menjunjung tinggi amalan serta pendekatan yang matang dan sejahtera dalam politik negara.

“PAS mendoakan agar sikap melulu, provokatif dan tidak berpijak pada kenyataan atas apa juga sebab dan tujuannya tidak akan menggugat serta merosakkan kesejahteraan dan hubungan baik yang sedia ada dalam masyarakat kita,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah