web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KJ Dakwa Import Perwakilan, Ahmad Zahid Serah Kepada Lembaga Disiplin UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 9:13PM

Ahmad Zahid menyangkal dakwaan Khairy bahawa UMNO telah ‘mengimport’ perwakilan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada lembaga disiplin untuk mengambil tindakan terhadap mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa wujudnya komplot ‘Langkah Dewan Merdeka’ dalam Perhimpunan Agung UMNO 2O22 (PAU 2022), hari ini.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti berstruktur, tindakan mengikut peraturan atau perlembagaan parti itu perlu walaupun secara asasnya perbuatan tersebut boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil seperti digantung keahlian atau dipecat.

“Itu akan dibincangkan oleh lembaga disiplin yang akan dibawa ke jawatankuasa pengurusan negeri, sebelum dibuat keputusan oleh parti,” katanya pada sidang media selepas penggulungan ucapan dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Terdahulu, Khairy mendakwa wujud gerakan ‘Langkah Dewan Merdeka’ untuk meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Menurut beliau, tag yang ditampal pada kerusi dikhaskan untuk perwakilan bahagian di Dewan Merdeka sudah ditanggalkan, sebagai usaha membawa masuk perwakilan import untuk meluluskan usul tersebut.

Pada masa sama, Khairy berkata, usul tambahan itu agak pelik apabila ia dikemukakan wakil dari Rembau yang mana Ketua Bahagiannya adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Susulan itu, beliau merayu kepada perwakilan di dalam Dewan Merdeka agar tidak membiarkan usul tersebut diluluskan, sebaliknya memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih pucuk pimpinan parti.

Malah Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan turut menyangkal dakwaan bahawa pemilihan dua jawatan tertinggi itu akan membawa perpecahan di dalam UMNO.

Lantaran itu, Ahmad Zahid menyangkal dakwaan Khairy bahawa UMNO telah ‘mengimport’ perwakilan, dan ia dicetuskan semata-mata ingin mewujudkan persepsi negatif kepada parti.

“Mana boleh (perwakilan import) boleh masuk ke dalam tanpa pas, seharusnya dakwaan itu tidak timbul kerana kita kenal perwakilan dan mereka ini mewakili akar umbi yang mahukan perpaduan serta penyatuan parti perlu diutamakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyangkal dakwaan usul daripada Negeri Sembilan itu dirancang olehnya.

“Saya ketika itu sedang sibuk melakukan benda lain dan saya tidak perasan usul itu dibentangkan. Saya sangat terpinga-pinga ketika mengetahui perkara tersebut,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok