web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlekeh Usaha PAS Bantu BERSATU, Isham Jangan Lupa Kemajuan Selangor Turut Didorong…

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 6:13PM

Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, kemungkinan kayu ukur kekayaan atau kemajuan sesuatu negeri bagi UMNO hanya apabila ia mencapai tahap urbanisasi seperti di Selangor - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyelar kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil yang mempersoalkan kemampuan PAS dalam memberi dana kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, kemungkinan kayu ukur kekayaan atau kemajuan sesuatu negeri bagi UMNO hanya apabila ia mencapai tahap urbanisasi seperti di Selangor. 

Hakikatnya, beliau menegaskan, pelbagai pihak mengetahui bahawa anak jati Selangor, khususnya kaum Melayu dan Bumiputera masih bergelut untuk memiliki kediaman sendiri di negeri berkenaan yang ketika ini harganya semakin meningkat. 

“Kita jangan lupa sejarah kerajaan Kelantan dinafikan royalti minyak oleh kerajaan pusat sejak zaman pentadbiran UMNO-BN (Barisan Nasional) selama ini, sehingga menyebabkan kerajaan negeri berkenaan di bawah PAS terpaksa mencari pelbagai alternatif lain untuk menampung pengurusan dan kemajuan negeri.

“Akibat kezaliman dan korupsi pentadbiran UMNO-BN dahulu, maka sebuah negeri berpopulasi besar Melayu Islam seperti Kelantan dinafikan haknya, sehingga menyebabkan majoriti subetnik Melayu Kelantan kini memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka termasuk yang bermastautin di Selangor,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Sehubungan itu, Muhammad Faiz berkata, tindakan Isham yang ‘memperleceh’ status kewangan PAS dan budaya bersedekah dalam kalangan parti itu, tidak boleh membuatkan rakyat, khususnya di Selangor menyokong parti Kerajaan Perpaduan dalam PRN nanti. 

Muhammad Faiz berkata, tindakan Isham yang ‘memperleceh’ status kewangan PAS dan budaya bersedekah dalam kalangan parti itu, tidak boleh membuatkan rakyat, khususnya di Selangor menyokong parti Kerajaan Perpaduan dalam PRN nanti - Gambar Fail
Muhammad Faiz berkata, tindakan Isham yang ‘memperleceh’ status kewangan PAS dan budaya bersedekah dalam kalangan parti itu, tidak boleh membuatkan rakyat, khususnya di Selangor menyokong parti Kerajaan Perpaduan dalam PRN nanti - Gambar Fail

“Ini kerana budaya bersedekah dan menyumbang itulah, maka ahli PAS terutamanya Melayu Kelantan yang merantau di luar negeri, cukup mandiri dengan pelbagai jenis perniagaan mereka yang turut menyumbang kepada ekonomi Bumiputera, termasuklah di negeri Isham Jalil sendiri, iaitu Selangor.

“Maka, usahlah kamu memperlekeh kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang berniat baik untuk saling membantu kewangan parti sahabat seperti BERSATU demi perjuangan Alif Baa Taa (Agama, Bangsa & Tanah Air) sejati,” katanya. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan, PAS bersedia memberikan dana kepada BERSATU bagi menghadapi PRN di enam negeri, berikutan akaun parti gabungannya itu dibekukan.

Nik Muhammad Zawawi berkata, tidak kira untuk apa pun, partinya akan sentiasa menyokong sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) bagi mendepani PRN. 

“PAS ini banyak duit. Kalau BERSATU tiada duit, maka kita beri mereka duit. Tetapi, tidak kiralah untuk apa-apa pun selepas ini, duit banyak akan diberikan oleh ahli. 

“Sebenarnya, PAS tidak perlukan satu jumlah besar pun. Macam saya sendiri bertanding pilihan raya, saya tidak keluar duit banyak, berapa ribu sahaja saya keluarkan. Selebihnya ahli PAS bayarkan. Jadi, kita mahu kata apa,” kata Ahli Parlimen Pasir Puteh itu. 

Bagaimanapun, Isham semalam mempersoalkan dari manakah PAS mendapat dana kewangan bagi membantu BERSATU. 

Isham juga secara spontan mengingatkan bahawa sebelum ini PAS melalui kerajaan Kelantan mendakwa, mereka tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri berkenaan.

Beliau juga berminat mengetahui sudah berapa banyak ‘sedekah’ disumbangkan BERSATU kepada PAS sebelum ini.

Pada masa sama, Isham menegaskan terdapat keperluan buat PAS menjelaskan berapa banyak dana berbentuk tunai ‘disedekahkan’ itu disimpan parti terbabit. - Getaran, 23 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok