web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenyataan Hadi Tiada Kaitan Kehadiran IS Di Malaysia

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:14PM

PAS menafikan ramalan dibuat Abdul Hadi Awang berhubung ‘kejatuhan’ Kerajaan Perpaduan, mempunyai kaitan dengan dakwaan ‘kehadiran’ kumpulan IS di Malaysia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS menafikan ramalan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung ‘kejatuhan’ Kerajaan Perpaduan, mempunyai kaitan dengan dakwaan ‘kehadiran’ kumpulan IS di Malaysia apabila kedua-duanya dilihat seolah-olah memiliki matlamat sama untuk menumbangkan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, persepsi bahawa wujud perkaitan itu adalah tidak benar, tiada asas dan fitnah semata-mata.

Katanya, ia juga dianggap sebagai tanggapan ‘tidak baik’ bagi menjejaskan imej PAS di mata rakyat.“Persepsi ini dilihat sebagai tindakan untuk mewujudkan pandangan negatif rakyat terhadap PAS.

Hashim Jasin - Gambar fail
Hashim Jasin - Gambar fail

“Ini khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Hashim berkata, kenyataan Abdul Hadi itu bermaksud pembentukan kerajaan pimpinan Anwar tidak akan bertahan lama dan ‘goyah’ walaupun ia memiliki 148 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Saya senada dengan Abdul Hadi. Bila-bila masa sahaja (parti komponen Kerajaan Perpaduan) boleh berpisah.

“Kita boleh lihat komen daripada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mempertikaikan tindakan ‘sahabat’ dia dalam komponen kerajaan, iaitu UMNO, sehingga parti itu turut tidak senang dengan kenyataan dikeluarkan beliau.

“Maka, kita boleh meramalkan dari sekarang ini bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan kekal, sehingga menyebabkan mereka bakal jatuh dan berlaku pertembungan sesama sendiri, sekiranya pilihan raya dilaksanakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hashim memaklumkan, tindakan dilakukan komponen kerajaan, sebenarnya sudah menjejaskan sokongan rakyat terhadap pentadbiran Anwar.

Pada masa sama, beliau meminta ramalan kejatuhan Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dijadikan isu, berikutan tiada tindakan dilakukan mana-mana pihak, khususnya pembangkang bagi menjatuhkan Anwar.

“Tak perlu salahkan orang lain kerana tiada siapa pun kacau, (sebaliknya) antara mereka yang akan meruntuhkan rumah sendiri (Kerajaan Perpaduan). Ini juga penjelasan berpandukan Al-Quran.

“Sebagai contoh, Anwar membawa perjuangan menentang rasuah secara habis-habiskan, namun dia melantik Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun pelbagai pihak, termasuk rakyat sendiri mengetahui pemimpin itu terpalit dengan isu dakwaan rasuah.

“Ini bukanlah campur tangan parti politik lain seperti diuar-uarkan, perbuatan pemimpinnya sendiri yang meruntuhkan kerajaan sekarang. Itu kita rasalah ia akan berlaku begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Hisham berkata, dakwaan PAS mempunyai ‘muslihat’ dengan berkomplot bersama Ahli Parlimen kerajaan bagi menumbangkan Anwar adalah tidak tepat.

“PAS tidak terlibat secara langsung kerana ketika ini banyak kecurangan dan ketidakadilan sedang menguasai pemerintahan, di mana pendedahan itu sedikit sebanyak memberi kesan dalam mempengaruhi rakyat untuk menolak mereka, sehingga mampu tewas pada PRN nanti.

“Itu bagi saya…kalau dia kata ada pertemuan, ia hanya sekadar dilakukan di luar yang tidak melanggar peraturan serta perundangan,” katanya.

Terdahulu, kumpulan IS melancarkan platform media di Malaysia, sekaligus menunjukkan kehadirannya di negara ini.

Dikenali Pusat Media Al Malaka, kumpulan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian media IS di Indonesia dan Filipina difahamkan menyokong secara langsung ‘parti politik dan organisasi radikal.

Bahagian Memerangi Keganasan Siber Nordic Counter-Terrorism Network (NCTN) yang mengenal pasti Pusat Media Al Malaka mendedahkan, kandungan media kumpulan itu wujud di web sesawang gelap (dark web).

Saifuddin Nasution - Gambar oleh Syeda Imran
Saifuddin Nasution - Gambar oleh Syeda Imran

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut mengesahkannya dan menjelaskan pihak berkuasa menyedari usaha kumpulan itu meluaskan pengaruh mereka di Malaysia.

Ketika membahaskan Bajet 2023 Selasa lalu, Abdul Hadi berkata, pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya kerajaan tumbang, sebaliknya menegaskan apa harus disedari, ia berpunca daripada ‘kecacatan’ dan kelemahan sendiri.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2018, ‘mengabaikan’ kawasan majoriti Melayu menyebabkan pengundi mengalihkan sokongan mereka kepada PN yang dilihat sebagai protes.

Ujarnya, dalam kes itu, pertukaran kerajaan pada 2020 bukan melalui pintu belakang, tetapi kerana kegagalan pentadbiran menyelenggara ‘rumah’ sendiri.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar ketika ditanya isu sama berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, ia kerana beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai kehadiran kumpulan IS di Malaysia yang dikatakan memiliki kaitannya dengan kenyataan Abdul Hadi.

“Saya tidak tahu (secara terperinci) berkenaan perkara tersebut.

“Perkara itu hanya akan dijawab menerusi kenyataan media, tidak lama lagi berbanding kami menjawabnya secara lisan,” katanya ringkas. - Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan