web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keahlian Shahelmey Yahya Dalam UMNO Digantung 6 Tahun - Bung Moktar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 10:28PM

Shahelmey Yahya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya digantung keahlian parti selama enam tahun.

“... dia kena gantung selama enam tahun...,” katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut perkara itu ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Bahagian UMNO Kinabatangan hari ini.

Shahelmey pula berkata sehingga kini, beliau masih belum menerima apa-apa makluman rasmi daripada UMNO mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Putatan itu berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan sedemikian dikenakan terhadap beliau.

"Saya menerimanya dengan berlapang dada dan saya berharap kenyataan yang diberitakan (oleh Bung Moktar) itu boleh dianggap sebagai keputusan rasmi," menurutnya dalam kenyataan ringkas.

Bung Moktar Radin
Bung Moktar Radin

Pada 7 Januari lepas, Bung Moktar mengumumkan UMNO dan Barisan Nasional Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri namun Shahelmey bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu kekal menyokong Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkenaan.

Bagaimanapun, pada 21 Februari lepas, keempat-empat ADUN iaitu Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) bersama seorang lagi ADUN UMNO Datuk Hamild@Hamid Awang (Balung) telah mengumumkan keluar parti.

Pada 25 Feb lepas, Shahelmey yang juga ADUN Tanjung Keramat berkata beliau telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO dan selesai membuat pembelaan atas pendiriannya itu.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini, berkata tindakan ADUN terbabit yang keluar parti tidak akan sama sekali mengganggu gugat UMNO Sabah.

Ditanya tindakan pemimpin itu menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Hajiji, beliau berkata ia sama seperti era pentadbiran Berjaya sekitar pertengahan 1970-an hingga 1980-an dan melihat penyatuan tersebut sebagai sesuatu yang tidak dapat bertahan lama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sabah Sambut Baik Komitmen Kerajaan Persekutuan Bantu Isu Bekalan Air

2

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Sabah Terima Laporan Insiden Pergaduhan, Kekecohan Dalam Pemilihan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kemelut Politik Di Sabah Tidak Pernah Selesai - Bung Moktar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Prestasi Kerajaan Sabah Kini Baik, Sekarang Bukan Masa Cetus Ketidakstabilan Politik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan