web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemelut Politik Di Sabah Tidak Pernah Selesai - Bung Moktar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Jan 2023 3:52PM

Bung Moktar Radin - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pergolakan politik Sabah masih lagi berterusan sejak penubuhan kerajaan campuran antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN), meskipun wujud perkara itu sudah menemui jalan penyelesaian.

Umpama kudis menjadi tokak, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemelut tersebut sentiasa menjadi suatu persoalan bagi dirinya yang berpendirian, sentimen dimainkan ketika ini adalah melampau.

“Memang politik ini tak boleh selesai walaupun di Sabah sudah tenang tetapi pergolakan dia masih belum selesai, sebab pembentukan kerajaan pada peringkat awal adalah daripada UMNO dan juga PN. Dan ini menjadi satu persoalan. Orang mahu komen politik, kita main politik.

“Saya pun tak tahu apa yang boleh komen. UMNO ini memang selalu berhadapan dengan cabaran, dugaan tanpa ada titik noktah dan kita yakin bahawa kemelut politik ini memang kita akan selesai, malah parti mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan isu seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar menyangkal dakwaan bahawa UMNO dan BN Sabah telah menamatkan kerjasama bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah dibentuk sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

“Penggulingan dan pembentukan kerajaan adalah lain. Mengguling ini berniat jahat tetapi tujuan kita adalah untuk membetulkan hala tuju politik agar rakyat serta negeri Sabah itu mampu dibangunkan.

“Mengguling itu maksudnya membinasakan, jadi mesti ada definisi berbeza. Jadi, kita tidak lakukan penggulingan. Apa kita buat adalah untuk menentukan rakyat Sabah mendapat tempat yang sebenarnya oleh pemerintahan pada ketika ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Bung Moktar memaklumkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang tidak menyokong keputusan dibuat pihaknya bakal berdepan tindakan, namun ia belum diusulkan kepada lembaga disiplin parti.

“Kita belum (serah ke lembaga disiplin) kerana ada proses tertentu yang perlu diikuti. Nasib lima ADUN itu akan ditentukan oleh parti dan kita tunggu apa UMNO boleh lakukan terhadap kesemua pemimpin itu yang bertindak di luar jangkaan.

“Insya Allah, apa yang berlaku kepada UMNO Sabah, kita akan cuba berfungsi sebaiknya sebagai sebuah parti bermaruah di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Bung Mokhtar menegaskan, UMNO Sabah menarik diri daripada kerajaan negeri selepas mengambil kira tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memecat Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Khazanah Sabah. dan mengugut mahu mengumumkan rombakan Kabinet negeri.

Jelasnya, Hajiji sudah melanggar persefahaman dibuat di antara BN dengan PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dibuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

Bung Moktar mendakwa, pihaknya bertindak selepas melihat Perlembagaan Negeri dan mengambil tindakan balas apabila Hajiji melanggar perjanjian tersebut. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Laukkaing Bergolak: 127 Rakyat Malaysia Ada Di Lokasi Selamat - Zambry

2

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Sabah Terima Laporan Insiden Pergaduhan, Kekecohan Dalam Pemilihan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Keahlian Shahelmey Yahya Dalam UMNO Digantung 6 Tahun - Bung Moktar

4

Politik 1 tahun yang lalu

Surat RoS: Isham Minta KJ Baca Dokumen Sebelum Keluar Kenyataan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 9 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok