web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Senarai Exco Baharu Melaka 'Cantik Dan Menarik’ - Ab Rauf

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 9:41PM

Ab Rauf Yusoh menyantuni para peniaga pada program Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan MITC hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ketua Menteri Melaka yang baharu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan barisan exco kerajaan negeri yang akan dibentuk, sebagai ‘cantik dan menarik’.

Beliau berkata walaupun pembentukan kerajaan negeri itu tidak sama seperti di Perak dan Pahang selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, namun dengan barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Kita akan memberikan kesamarataan dalam pembentukan ini…Insya-Allah nanti saya beritahu (barisan Exco), tapi ia amat cantik dan menarik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau bazar Ramadan di Klebang di sini hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu sebelum ini dilapor berkata, beliau membayangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH akan menyertai kerajaan negeri, sekali gus memastikan barisan Exco yang akan dibentuk lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.

Ditanya bila barisan Exco akan diumumkan, ADUN Tanjung Bidara itu berkata ia akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Takpelah kita tunggulah…kalau lewat sikit pun masih ada masa kecederaan. 48 jam itu saya cakap saya dah bentuk (barisan Exco) tapi saya tak umum lagi (senarai),” katanya.

Mengulas mengenai tindakan bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis yang mahu UMNO mengambil tindakan terhadap kritikan terbukanya susulan pertukaran Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf berkata ia bukan masa untuk bergaduh sesama sendiri.

“Zaman sekarang kita nak mengolah negeri Melaka ke arah lebih baik, bukan nak tunjuk kita bergaduh sesama kita. Kita tak boleh jadi hero dalam mana-mana isu.

“Sebenarnya yang kita nak bawa dalam apa juga pembentukan yang baharu ini, kita nak bawa rakyat ini lebih baik lagi, negeri ini lebih makmur,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia