web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pengagihan Kerusi PH-BN Kedah Hampir Selesai, Gabung Formula Solid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 6:49PM

Mahfuz berkata ia berteraskan kepada rundingan akhir yang kini menyaksikan hanya empat kerusi atau sekitar 10 peratus masih belum dimuktamadkan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Kedah akan menggabungkan formula terbaik dalam pengagihan kerusi, bagi memastikan Kerajaan Perpaduan memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berteraskan kepada rundingan akhir yang kini menyaksikan hanya empat kerusi atau sekitar 10 peratus masih belum dimuktamadkan.

Menurutnya, rundingan membabitkan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah itu, sudah disepakati atas semangat perpaduan.

Mahfuz Omar - Gambar fail
Mahfuz Omar - Gambar fail

“Kami sudah sampai ke penghujung, rundingan hanya untuk tiga atau empat kerusi sahaja yang belum selesai. Kita sudah menetapkan apa diputuskan gabungan di peringkat Pusat. 

“Perkara terbabit berdasarkan kepada parameter yang perlu diakui semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, antara PH dan BN, status quo kini tidak lagi menjadi penanda aras utama dalam pengagihan kerusi.

Sebaliknya, Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu menegaskan, ia mengadunkan pelbagai faktor yang boleh memberi kemenangan kepada calon PH dan BN.

“Selain berdasarkan parameter peringkat Pusat, kita masih ada ruang untuk perbincangan. Ada kawasan kita gunakan status quo, iaitu kerusi sedia ada yang kita menang atau BN menang, maknanya kita tidak usik.

“Tak kan pula PH nak kerusi Bandar Baharu atau Sungai Tiang (yang memang sudah dimenangi BN), dalam hal ini kita akui kepada mereka. Lain kerusi itu masih ada keterbukaan untuk melihat kepada faktor kebolehmenangan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Mahfuz memaklumkan, setiap rundingan dilakukan atas semangat perpaduan melalui perbincangan, selepas masing-masing menyatakan tuntutan terhadap kerusi terbabit.

“Kesemua pihak dalam gabungan PH-BN hendaklah menjadi galah penyambung untuk capai buah di hujung pokok. Masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain, PH perlu kepada BN menjadi galah penyambung, BN juga perlukan PH untuk jadi galah penyambung.

“Kalau ada yang reput, kita harus baiki dan tengok macam mana galah itu seharusnya dilakukan untuk jadi penyambung. Kalau pisau di hujung galah penyambung pula tidak tajam, kita perlu cari pisau lebih tajam,” jelasnya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, rundingan untuk beberapa kerusi akan ditandingi gabungan itu, masih belum dimuktamadkan sama ada menggunakan formula 60-40 peratus ataupun agihan sama rata.

“PH pun ada demand (tuntut). BN pun sama demand (tuntut). Jadi kita selesaikan mengikut cara kita. Sebab itu kita sudah capai tahap baik dan hanya tiga empat sahaja belum muktamad. Rundingan terhadap semua demand (tuntutan) itu dibincang secara harmoni,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah