web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMNO Bukan ‘Mengkarung Politik’, Jangan Lupa Kita Pernah Dikafirkan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 12:46PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO bukan 'mengkarung' politik sehingga sanggup menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera semata-mata kerana kerjasama politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO tetap mempertahankan empat perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk berkaitan institusi Raja-Raja Melayu.

Menurut beliau, keadaan itu berbeza dengan kelompok yang sanggup memperdagangkan ayat Allah dan berselindung di sebalik kepentingan politik sempit mereka.

"Mereka adalah mengkarung politik yang bukan sahaja berubah warna dan wajah, tetapi lebih dahsyat parti ini seolah-olah menjadi pemegang neraca di 'yaumul mahsyar'. Nauzubillah.

"Dalam soal hudud, kita pernah dikafirkan dan kemudian atas kepentingan kerakusan politik mereka, disebut pula hudud bukan keutamaan. Semasa mereka berada di dalam kerajaan, mana perginya agenda RUU 355? Kita juga biasa mendengar tuduhan kepada UMNO yang berselindung di sebalik nama Bumiputera. 

“Akan tetapi, tidak sampai pun dua tahun di puncak kuasa, Bumiputera yang kononnya menjadi agenda perjuangan mereka, telah di 'JANA WIBAWA' kan. Inilah ciri-ciri pengkhianat yang membalut dirinya dengan slogan Bersih dan Stabil kononnya," katanya tanpa menamakan sesiapa.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, merangkap Pengerusi PH dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung Sekretariat Kerajaan Perpaduan merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Hadir sama, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick.

Hakikatnya, Ahmad Zahid berkata, pendirian UMNO tidak berubah walau seinci, tanpa perlu perlu berkokok seperti ayam jantan untuk menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh agama lain.

"Alhamdulillah, penegasan kita ini juga menjadi pendirian Kerajaan Perpaduan berbanding 'mengkarung' politik yang menunggang agama suatu ketika dahulu, semasa bersama rakan politik yang sama seperti kita hari ini, mengatakan tidak salah untuk agama lain menggunakan kalimah Allah.

"Apa pun hujah mereka, yang jelas dan nyata mereka akan menukar kulit mengikut suasana. Melayu dan Islam bagi mereka, hanya topeng yang digunakan dalam persembahan sandiwara politik. Sedarlah, Melayu dan Islam bukan topengan. Melayu dan Islam punya santun dalam tindakan, hemah dan sopan dalam pertuturan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyarankan agar Kerajaan Perpaduan memanfaatkan hubungan strategik dengan kuasa global dengan mengekalkan dasar berkecuali demi kepentingan negara.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkapMenteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kerjasama serantau dan diplomasi pelbagai hala, amat penting bagi Malaysia dalam menangani isu global bagi meningkatkan daya saing negara serta mendapatkan kelebihan dalam perubahan geopolitik dunia.

"Percaturan kuasa besar dunia dalam bidang politik, ekonomi, teknologi dan ketenteraan, secara tidak langsung akan memberi impak luas terhadap hala tuju negara. Sebagai negara yang terletak di persimpangan Asia Tenggara, Malaysia tidak dapat lari daripada memainkan peranan penting, terhadap perkembangan geopolitik serantau.

"Setiap langkah dan keputusan kita, pasti memberikan dampak kepada keamanan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. Persaingan kuasa besar dunia dalam melebarkan pengaruh juga semakin hangat. Contohnya perubahan dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah serta kerjasama (yang) semakin erat antara China dan Rusia adalah fenomena baharu politik global," katanya.

Dalam konteks mendepani realiti politik baharu pula, Ahmad Zahid berkata, UMNO melakukan penyesuaian politik tanpa mencairkan langsung soal keindukan Islam, menggadaikan maruah dan agenda Melayu Bumiputera serta tidak memperjudikan nasib rakyat keseluruhannya.

"Penyesuaian itu dibuat sejak awal kemerdekaan, menangani insiden 1969, kerjasama politik BN (Barisan Nasional) pada 1974, ketidaktentuan politik ekoran tindakan Perdana Menteri Ketujuh pada 2020 dan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

"Kita ahli-ahli UMNO seharusnya berdiri megah kerana parti keramat ini, sentiasa meletakkan keutamaan demi negara. UMNO sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dan sentiasa meletakkan rakyat sebagai agenda utama kita," katanya. - Getaran, 9 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

2

Semasa 1 bulan yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Semasa 11 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Politik 23 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 15 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes