web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Sabar Sikit Min, Tak Lama Lagi Nak Masuk Skim Usia Emas’ - Amirudin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 10:00AM

Amirudin Shari (kiri) berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta bersabar dan tidak gelojoh, sesuai dengan usianya yang semakin meningkat.

Ingatan sinis itu disampaikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap di majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Shah Alam, malam tadi.

Katanya, Azmin yang bakal menginjak ke usia warga emas seharusnya semakin bersabar.

"Susah orang ini kadang-kadang nak makin tua dia jadi penyabar. Ini makin tua makin gelojoh, susah nak cakap.

"Umur sudah nak masuk 60 tahun, tidak lama lagi nak masuk skim usia emas, sabar sikit Min (Azmin)," katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.

Turut dilihat hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Amirudin terdahulu menempelak bekas Menteri Besar Selangor tersebut, yang seolah-olah mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu pada jasanya selama ini.

Dakwa Azmin, beliau adalah individu bertanggungjawab membawa  nama Ahli Parlimen Gombak itu ke istana, bagi dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Kenyataan Azmin itu menyebabkan Amirudin bingkas membalas, dan mengingatkan beliau terhadap kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU-15, November lalu.

“Kau jangan lupa Min, aku yang kalahkan kamu enam bulan lalu, Min. Selepas kamu tidak jadi Menteri Besar, pencapaian terbaik kita dari 30 tahun dari 30 tahun adalah RM18 bilion pelaburan pada 2018.

"Masa dia (Azmin) jadi menteri besar, pelaburan hanya RM5 hingga RM7 bilion sahaja," katanya.

Amirudin pada PRU-15 meraih 72,267 untuk merebut kerusi Parlimen berkenaan dari genggaman Azmin. - Getaran, 25 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekalan Beras Putih Tempatan Di Selangor Cukup Hingga Akhir Bulan Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia