web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Perlu Terima Hakikat, Kerajaan Perpaduan Utuh Untuk Tadbir Negara - Khairuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jun 2023 11:50AM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PN seharusnya terus menjalankan tanggungjawab semak dan imbang sebagai pembangkang sehingga menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) perlu menerima keputusan bahawa Kerajaan Perpaduan yang dibarisi 148 Ahli Parlimen berada dalam kedudukan utuh untuk terus mentadbir negara.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PN seharusnya terus menjalankan tanggungjawab semak dan imbang sebagai pembangkang sehingga menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Menurut beliau, politik kerjasama boleh terus berjalan antara kerajaan Persekutuan dan negeri walaupun ditadbir pihak berbeza.

“Apabila semua negeri ditadbir oleh parti yang sama dengan kerajaan Persekutuan pun, politik kerjasama boleh dibuat antara kerajaan dan wakil rakyat pembangkang. 

“Kita bertanggung jawab mengekalkan keharmonian berpolitik dengan berkempen secara sihat, damai dan ilmiah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Khairuddin, semua pihak seharusnya menjauhi amalan berpolitik yang cenderung menggunakan pendekatan fitnah, maki-hamun, serangan peribadi dan kutuk mengutuk. 

“Kita hanya mengkritik idea dan pendekatan. Meskipun berbeza parti, kebersamaan sebagai warga negara Malaysia yang cintakan negara menjadi pengikat kita semua. 

“Sebagai muslim pula, Islam menyatukan kita meski berbeza fahaman dan parti politik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri berkata kerjasama politik atau Taawun Siyasi adalah penyelesaian bagi pertembungan tajam antara semu parti politik. 

Bekerjasama jelasnya, bukan bererti meleburkan diri dan prinsip parti. 

“Setiap parti kekal dengan dasar dan prinsip masing-masing, namun mereka bekerjasama atas persefahaman dan titik bersama serta saling bertolak ansur atas perbezaan. 

“Kerajaan Perpaduan hari ini adalah satu kerjasama politik atas beberapa titik kebersamaan dan kepentingan bersama iaitu tiada parti yang menang majoriti mudah untuk membolehkan kerajaan ditubuhkan,” katanya.

Tegas Khairuddin, Yang di-Pertuan Agong menitahkan pembentukan menyarankan Kerajaan Perpaduan sebagai penyelesaian dan atas faktor ini, UMNO serta Barisan Nasional (BN) membuat syarat kepada PH untuk bersetuju dengan empat perkara. 

“Empat perkara ini ialah  memperakui kedudukan Islam dalam negara, kedaulatan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang menyatukan semua rakyat.

“Rentetan daripada kerjasama ini, pertembungan politik yang panjang antara UMNO-BN dan PH dapat diredakan dan masing-masing bersedia duduk bersama membangunkan negara,” katanya.

PN malangnya ujar beliau, menolak untuk bersama atas keyakinan mereka memiliki majoriti, walaupun dengan kerusi asas 73 kerusi Parlimen yang kemudian bertambah menjadi 74. 

“PN terus mengimpikan untuk menubuhkan kerajaan menggantikan Kerajaan Perpaduan, dengan mengharapkan ada dari kalangan 30 Ahli Parlimen UMNO BN berpaling tadah menyokong mereka. 

“Jika ada sekalipun, Pilihan Raya Kecil (PRK) pasti akan berlaku kerana Akta Lompat Parti telah berkuatkuasa. Mereka juga mengharapkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) seramai 23 orang bersama mereka lalu diikuti oleh enam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dengan itu kestabilan politik negara sentiasa terancam,” katanya. - Getaran, 28 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'