web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bahang PRN Bukan Alasan Untuk Berbalah, Berpolitiklah Cara Islam - Khairuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 9:00AM

Akhlak adalah intipati penting Islam, dan adalah wajar semua ahli politik berpegang kepada faktor ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin dirasai tidak seharusnya dijadikan alasan untuk saling berbalah.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, akhlak adalah intipati penting Islam, dan adalah wajar semua ahli politik berpegang kepada faktor ini.

Menurut beliau, setiap ahli politik, sama ada terpilih sebagai calon atau tidak seharusnya menjaga adab dan akhlak masing-masing, apatah lagi jika mereka beragama Islam.

“Saya istiqamah dan konsistan menyeru semua pihak yang berpolitik agar menjaga adab dan akhlak. 

“Saya juga menyeru pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang saling menegur ahli bawahan untuk terus menyuburkan akhlak Islam dalam berpolitik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Khairuddin menyatakan demikian, dipercayai merujuk kepada beberapa insiden yang menyaksikan beliau dan beberapa pemimpin PAS saling berbalas kenyataan atas beberapa isu.

Tegas Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu, ahli politik bebas untuk mengkritik, namun tidak ke tahap melaknat dan mengutuk.

“Kita boleh menegur pandangannya tapi bukan menghina dan merendah-rendahkan peribadi insan.

“Maki hamun dan kata-kata kesat adalah haram (dan) tidak pernah Islam menghalalkannya apatah lagi sesama muslim,” katanya. 

Jelas beliau, sabda Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Bukhari dan Muslim jelas menyebut bahawa maki hamun pada orang Islam adalah kefasikan iaitu penderhakaan kepada Allah SWT dan memeranginya adalah kekufuran.

“Rasulullah (SAW) menegur perlakuan maki hamun dan disertakan dengan perlakuan berperang kerana maki hamun adalah permulaan kepada perbalahan dan pembunuhan sesama muslim.

“Kufur di sini tidak bermaksud menjadi kafir kerana akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah perlakuan dosa besar tidak menjadikan seseorang itu kafir. 

“Oleh itu makna kufur dihuraikan oleh alim ulama dengan beberapa maksud yang lain,” katanya.

Mengulas lanjut Mohd Khairuddin berkata, antaranya bermaksud kufur kepada nikmat persaudaraan Islam, atau kufur dengan maksud boleh membawa kepada kufur sekiranya berniat menghalalkan darah orang Islam, sedangkan ia haram dilakukan melainkan atas sebab yang benar dalam Islam.

“Di saat menjelang PRN, kehangatan perbahasan ahli-ahli politik (untuk) saling mengkritik adalah penyuburan kepada politik demokrasi, namun usah dicemari dengan perbalahan mulut tanpa adab dan akhlak. 

“Berbezalah dalam pagar persaudaraan Islam. Hujah dilawan dengan hujah,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 1 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka