web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan PN Berjaya Tarik Sokongan Generasi Muda Hanya Momokan - Mahdzir

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 8:09PM

Mahdzir Khalid (tengah) dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar (kiri) pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Perpaduan BN dan PH di Alor Setar, di sini hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Dakwaan Perikatan Nasional (PN) kononnya sokongan pengundi muda lebih memihak kepada mereka hanyalah satu momokan politik.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keyakinan diluahkan blok pembangkang itu hanya berlandaskan senario ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

Menurut beliau, ia tidak boleh disamakan dengan situasi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Pasca PRU-15 ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan, generasi muda sudah dapat melihat peluang untuk mereka melakukan perubahan.

"Apa yang berlaku pada November 2022 (dalam PRU-15) waktu itu suasananya sangat berbeza dengan tujuh bulan kemudian, sebab pada waktu itu kerajaan tidak ditubuhkan di Putrajaya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Perpaduan BN dan PH di Alor Setar, di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihanraya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang mendakwa PH tidak mendapat sokongan anak muda.

Dakwa Sanusi, sokongan golongan itu kini telah beralih kepada PN.

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

Mahdzir mengulas lanjut, Putrajaya yang menjadi idaman setiap parti politik sudah menjadi milik Kerajaan Perpaduan.

“Semua orang (parti politik) berkejar untuk menubuhkan kerajaan di Putrajaya, tapi sekarang kita dah tubuhkan kerajaan di Putrajaya, kerajaan BN, Pakatan Harapan (PH) dah ada di Putrajaya,” katanya.

Tegas beliau, pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan kini telah membuka mata rakyat termasuk golongan muda.

Kejayaan itu katanya, menyedarkan golongan berkenaan bahawa mereka boleh mengubah keputusan memilih pada PRU lalu dalam PRN kali ini.

"Saya kira momok-momok ini memang biasa bila dekat PRN ini, macam-macam persepsi  akan dibangkitkan, semuanya (memihak kepada) PN.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahdzir turut menolak dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan program bertemu dengan pelajar universiti hanya untuk menarik sokongan golongan muda.

Jelas beliau, sebagai Perdana Menteri, Anwar mempunyai tugas dan tanggungjawab lebih besar iaitu menjelaskan mengenai dasar kerajaan serta pembinaan negara, berbanding menarik sokongan semata-mata.

"Perdana Menteri turun universiti untuk menjelaskan dasar yang dibuat dalam Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani, jadi saya ingat bukan makna turun untuk dapat sokongan (kepada PH).

"(Tanggungjawab) Perdana Menteri lebih daripada itu, dia (Muhammad Sanusi) tak boleh bandingkan antara PM dengan seorang yang nak dapatkan pengaruh sebab dia melebihi semua perkara, dia nak cakap tentang polisi dan arah panduan negara ini, tanggungjawab dan bagaimana nak membina negara," katanya. - Getaran, 2 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka