web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semangat Dipamerkan Pemimpin Komponen Mampu Stabilkan Kerajaan - PM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 8:54AM

PM di Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia di WTCKL, semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Semangat dan kebersamaan dipamerkan pemimpin setiap komponen di bawah Kerajaan Perpaduan diyakini berupaya memberikan kestabilan kepada kerajaan sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat tersebut jauh lebih penting berbanding daripada melayan permainan politik berlandaskan perkauman sempit dan jumid yang tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat serta negara.

Menurut beliau, Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dipengerusikannya malam tadi telah mengambil ketetapan untuk mengadakan Siri Jelajah Perpaduan Madani.

“Pelancaran Jentera Perpaduan yang telah berlangsung di Selangor tempoh hari akan diteruskan juga ke negeri-negeri lain.

“Ia melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu yang pastinya memerlukan perancangan betul dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Moga semua yang dirancang ini berjalan lancar, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri dipetik BERNAMA sebagai berkata, barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan telah memuktamadkan pembahagian kerusi sempena PRN di semua negeri.

“Pembahagian kerusi telah dimuktamadkan di semua negeri, ada satu dan dua negeri sahaja (yang ada persoalan) kita akan bincang.

“Pengumuman calon (bagi PRN) dalam dua ke tiga hari lagi kita bagi tarikh,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini. 

Anwar berkata, ‘Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran’ adalah tema yang akan digunakan oleh semua parti di bawah Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh berkempen.

“Tapi semua negeri yang terlibat dalam PRN juga boleh menggunakan slogan tambahan dan pimpinan negeri akan menetapkan manifesto masing-masing.

“Kita berbincang soal gerak kerja dan strategi dalam menghadapi PRN di enam negeri dan berpuas hati. Nampak semangat pendukung setia dapat dilonjakkan dan saya percaya berdasarkan laporan, kita bukan saja boleh bertahan di tiga negeri tapi nampak satu keyakinan untuk menawan beberapa negeri lain,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memberi amaran terakhir kepada semua pihak agar tidak mengeksploitasi isu 3R (raja, agama, kaum).

Tegasnya, pemantauan tanpa berkecuali akan dilaksanakan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini amaran terakhir daripada kerajaan sebab saya selaku Perdana Menteri tidak ada pilihan kerana desakan dalam kalangan ahli fikir dan untuk pertahankan keselamatan negara. Ini mengatasi kepentingan.

“Orang-orang tertentu yang merasakan kedudukan mereka itu terlalu tinggi dan hebat tidak mungkin terdakwa ataupun tercabar. Negara tidak boleh begitu, kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan pangkat, keturunan atau kekayaan,” katanya.

Turut dilihat hadir pada mesyuarat berkenaan ialah beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS),  Datuk Seri Fadillah Yusof dan Presiden  AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Selain itu, ia turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Getaran, 12 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'