web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1 Undi Untuk PN Bersamaan 1 Restu Untuk Kecurian REE - Saifuddin  

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 5:33PM

Saifuddin Nasution Ismail (tengah) berkata, cubaan play victim oleh Muhammad Sanusi hanya menonjolkan sikap defensif dimilikinya - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Satu undi diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) Kedah boleh diibaratkan sebagai satu restu ke atas kecurian nadir bumi (REE). 

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, undi diberikan kepada parti membentuk Kerajaan Perpaduan pula berperanan membantu menghentikan kecurian berkenaan. 

Menurut beliau, setiap undi itu amat berharga dalam membantu Kerajaan Perpaduan mengurus hasil negeri dengan lebih baik, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

“PH dan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi tumpuan terhadap isu substantif terutamanya berkaitan tahap kompetensi Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

"Apabila bercakap mengenai isu kompetensi Menteri Besar dalam mentadbir negeri, kami persembahkan isu kecurian REE secara sistematik,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian ketika menyantuni golongan peniaga di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini. 

Saifuddin berkata, impak daripada pendedahan tersebut ternyata berhasil ‘mengubah’ personaliti Sanusi sejak 48 jam lalu. 

Saifuddin Nasution Ismail (dua, kiri) menyantuni menyantuni golongan peniaga di Pasar Besar Alor Setar di sini - gambar Rafisqi Radhi
Saifuddin Nasution Ismail (dua, kiri) menyantuni menyantuni golongan peniaga di Pasar Besar Alor Setar di sini - gambar Rafisqi Radhi

“Daripada situ, kita dapat lihat reaksi Menteri Besar yang pada asalnya merupakan seorang pantas menjawab serta lincah memberi penjelasan, tetapi dalam tempoh 48 jam terakhir akhir ini nampak sangat 'low profile'. 

"Semalam pun beliau tidak muncul dalam program di Sungai Petani. Walaupun Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang juga bekas setiausaha politiknya kata ada perangkap untuk Sanusi, saya fikir itu satu alasan yang direka.  

"Pilihan raya membuka peluang untuk kita berjumpa seberapa ramai pengundi tetapi nampaknya reaksi terakhir ditunjukkan malam tadi, adalah reaksi semacam mencipta simpati, 'play victim' dan bukan watak Menteri Besar yang selama ini kelihatan garang," katanya.  

Muhammad Sanusi semalam tidak muncul dalam Program ‘Jom Pakat Pi Ceramah Mega PN Bersama MB Kedah/ di Padang Awam, Taman Ria dekat Sungai Petani. 

Afnan yang menjadi penceramah terakhir, membacakan satu nota bagi memaklumkan kepada hadirin mengenai ketidak hadiran individu yang dianggap sebagai Panglima Perang PN itu.  Menurut Afnan, Muhammad Sanusi tidak dapat hadir setelah mendapat nasihat dalam satu mesyuarat penting dihadirinya di Kuala Lumpur pagi semalam. 

“Beliau dinasihatkan agar tidak meneruskan ceramah berkenaan kerana ada perangkap sedang dipasang musuh,” dakwanya. 

 Perangkap itu dakwa Afnan, mengehendaki agar Muhammad Sanusi masuk ke dalamnya, sebelum 'dipegang' dan sesuatu yang tidak dijangka berlaku ke atas dirinya. 

Itu bukan kali pertama Muhammad Sanusi tidak muncul di lokasi program melibatkannya kerana kelmarin, beliau turut tidak hadir ke Program Sembang Santai di Taman Serai Wangi dekat Padang Serai. 

Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasrun Othman ketika berada di pentas memaklumkan, Muhammad Sanusi sebenarnya sudah datang separuh jalan ke Padang Serai, namun disebabkan isu keselamatan yang merisaukan dan serius, maka beliau tidak dapat hadir ke majlis tersebut.  

Pimpinan PAS mendakwa ada kejadian buruk bakal menimpa Muhammad Sanusi - gambar fail
Pimpinan PAS mendakwa ada kejadian buruk bakal menimpa Muhammad Sanusi - gambar fail

Mengulas dakwaan berkenaan, Saifuddin menambah, cubaan untuk meraih simpati dan play victim itu menunjukkan menunjukkan sikap defensif seorang Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, dikenali sebagai Muhammad Sanusi. 

"Dengan siri pertanyaan yang saya kemukakan berserta dokumen fakta sahih, ternyata  semua itu cuba dialih dan ini merupakan peluang untuk rakyat Kedah tengok sendiri bagaimana keadaannya apabila penghujahan tidak dapat dijawab, maka dicipta satu motif lain yang bersifat tidak konsisten," katanya.  

Sementara itu Saifuddin berkata, Afnan sepatutnya tampil ke mana-mana balai polis bagi membuat laporan mengenai perkara itu.  

"Saya minta beliau pergi ke mana-mana balai polis buat aduan dan nyatakan siapa yang perangkap serta apa yang nak dibuat? Orang lain tak tahu tentang perkara itu dan hanya beliau yang ada maklumat mengenai perkara itu.  

"Jadi sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya guna segera gunakan saluran undang-undang dan bukannya mencipta persepsi untuk menagih simpati," katanya.  - Getaran,  7 Ogos 2023. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka